PersonalitiRencanaSudut Inspirasi

Kecemerlangan Diri Untuk Membantu Orang Lain – Brig Jen (K) Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim

Kumpulan Weststar (The Weststar Group) merupakan sebuah rangkaian syarikat pelbagai dimensi perniagaan yang tidak asing lagi bagi dunia korporat di Malaysia, rantau Asia Tenggara dan di persada antarabangsa. Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui bahawa Pengarah Urusan dan juga pengasas syarikat, Brig Jen (Kehormat) Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim yang terkenal dengan perwatakan merendah diri, merupakan seorang veteran Tentera Darat (TD) yang pernah berkhidmat dalam Kor Risik Diraja (KRD) dengan menyandang pangkat terakhir sebagai Mej. 

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM) melaksanakan wawancara ke atas Tan Sri Dr Syed Azman, bagi mencungkil pengalaman beliau dan seterusnya mendapatkan kata-kata peransang supaya boleh dijadikan pendorong kepada pembaca khususnya kalangan mereka yang bercita-cita menceburi dunia korporat di luar sana. 

Mengulas latar belakang secara ringkas, Tan Sri Dr Syed Azman merupakan anak kelahiran Sungai Petani, Kedah dan dilahirkan pada tahun 1960. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Ibrahim di Sungai Petani sebelum menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada tahun 1981. Sejurus berjaya menamatkan latihan Pegawai Kadet, beliau terpilih untuk menyertai KRD dan memulakan perkhidmatan di Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP). Penugasan beliau kemudiannya lebih menjurus kepada tugas-tugas selaku Pegawai Perisikan Tentera (MIO) Negeri sebelum menamatkan perkhidmatan pada tahun 1995. 

Mengimbas titik mula menceburi bidang perniagaan, Tan Sri Dr Syed Azman mengusahakan perniagaan kereta terpakai bersama-sama ahli keluarga beliau. Beliau seterusnya membabitkan diri dalam mengimport kereta mewah terpakai dan kerap berulang alik ke London untuk urusan jual beli. Pada awalnya, beliau tidak memiliki Approved Permit (AP) sendiri, sebaliknya hanya berkongsi dengan rakan-rakan yang mempunyai AP tersebut. Lama kelamaan perniagaan beliau semakin maju dan terkenal membolehkannya menguasai sebahagian besar pasaran kereta terpakai import di Malaysia. 

Tan Sri Dr Syed Azman kemudiannya telah ditawarkan franchise AP yang membolehkan syarikat beliau dilantik sebagai pengedar kereta jenama Honda di Malaysia. Weststar Auto terus berkembang dan seterusnya turut mendapat hak mengedarkan kereta jenama Chevrolet dan Suzuki. 

Ekoran tuntutan menguruskan perniagaan yang semakin sibuk dan banyak masa terpaksa dihabiskan di jalan raya, Tan Sri Dr Syed Azman telah membeli sebuah helikopter pada tahun 2003. Selain digunakan apabila perlu, helikopter berkenaan turut disewakan apabila ianya tidak digunakan. Pada detik itulah, Tan Sri Dr Syed Azman menyedari munculnya peluang perniagaan yang baharu, di mana permintaan perkhidmatan helikopter mempunyai kadar pasaran yang tinggi di negara ini. Susulan daripada itu, pada tahun 2008, syarikat beliau iaitu Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS) berjaya mendapatkan kontrak pertama bagi membawa pekerja sektor minyak dan gas ke pelantar minyak. Pada tahun 2018 pula, syarikat beliau membuat perolehan tiga pesawat Agusta Westland 189 bagi mengangkut pekerja PETRONAS dan Shell di Miri, Sarawak. 

Perniagaan beliau terus berkembang pesat di mana pada masa kini, Weststar Group memiliki lebih 40 helikopter, empat jet eksekutif dan memiliki kontrak bernilai RM 8 bilion bagi membawa pekerja pelantarminyak. Rangkaian Weststar Group turut mengembangkan perniagaan dalam pelbagai industri seperti penerbangan, perniagaan kereta mewah, pembangunan hartanah, insuran, serta kelengkapan pertahanan dan ketenteraan. Syarikat ini kini merupakan syarikat yang menyediakan perhidmatan helikopter terbesar di Asia Tenggara, selain turut beroperasi di Timor Leste, Arab Saudi, Gabon, Equatorial Guinea dan Mauritania. Kejayaan menembusi pasaran Arab Saudi juga mencatatkan suatu rekod baharu di mana Weststar merupakan syarikat pertama dari Asia menerokai peluang perniagaan perkhidmatan helikopter di Arab Saudi yang selama ini hanya didominasi oleh negara-negara barat. 

Kejayaan Tan Sri Dr Syed Azman selaku salah seorang tokoh korporat tanah air turut disulami dengan jatuh bangun dalam perniagaan. Namun perkara menarik mengenai diri insan ini adalah mengenai sikap beliau yang sentiasa merendah diri atau ‘low profile’ apabila mana-mana pihak ingin membicarakan tentang kehebatan empayar perniagaan serta kekayaan beliau. Tan Sri Dr Syed Azman juga menampilkan satu ciri keperibadiaan yang mulia apabila kedudukan dan keupayaannya turut digunakan untuk memberi sumbangan atau membantu masyarakat dan negara. 

Kesungguhan beliau untuk melunaskan tanggungjawab sosial dibuktikan apabila kini lebih daripada 90 peratus tenaga mahir khususnya juruterbang dan jurutera di syarikatnya terdiri daripada anak-anak tempatan. Beliau turut memberi peluang pekerjaan kepada pesara tentera, di mana lebih daripada 30 peratus tenaga kerja di Weststar Group merupakan mereka yang pernah berkhidmat dalam ATM.

Keprihatinan dan keutamaan Tan Sri Dr Syed Azman dalam aspek memacu kecemerlangan dan kemajuan kepada anak bangsa juga diterjemahkan dalam pelbagai bentuk khususnya buah fikiran beliau dalam bidang kejuruteraan di Malaysia. Pada tahun 2015, beliau dianugerahkan Ijazah Sarjana Doktor Kehormat Kejuruteraan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) di atas pelbagai sumbangan yang diberikan. Pada tahun 2018, beliau menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diantara Weststar Group dengan UPM bagi tujuan kecemerlangan pendidikan khususnya dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa. Beliau turut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Penasihat bagi Program Sarjana Sistem Aeroangkasa di UPM. 

Selain itu, Tan Sri Dr Syed Azman juga dilantik selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sejak 1 Sep 2017 atas komitmen beliau dalam aspek kecemerlangan pendidikan tanah air serta pengalaman unggul dalam sektor korporat. 

Tidak lengkap coretan ini sekiranya tidak disentuh mengenai peranan dan sumbangan Tan Sri Dr Syed Azman kepada ATM amnya dan KRD khasnya. Walaupun sibuk menguruskan perniagaan dan dikenali sebagai seorang tokoh korporat yang disegani, beliau tidak pernah lupa kepada alam ketenteraan yang telah membentuk sikap serta keperibadiannya sebagai pemimpin dan berjiwa kental mengharungi setiap cabaran mendatang. Beliau tidak keberatan untuk meluangkan masa menghadiri upacara dan aktiviti rejimental seperti sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) KRD dan turut menghulurkan sumbangan serta bantuan untuk kebajikan dan pembangunan kor. 

Tan Sri Dr Syed Azman juga sempat menitipkan petua dan prinsip yang diamalkan beliau dalam mendepani cabaran dalam kehidupan. Beliau menyatakan bahawa ajaran alam ketenteraan yang menitikberatkan prinsip ‘THINK AHEAD’ serta ‘ALWAYS HAVE PLAN’ sentiasa tersemat di sanubari dan menjadi tonggak kepada setiap matlamat yang ingin dicapai sama ada dalam perniagaan mahupun kehidupan. 

Begitu hebat dan mulia insan ini, di mana kita dapat menyaksikan bahawa kejayaan yang dituai dikembalikan semula kepada organisasi ATM, masyarakat serta negara secara umumnya. Semoga sikap keazaman yang tinggi bagi mencapai impian, kesabaran, kegigihan dan tidak berputus asa Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim menjadi pemangkin semangat dan inspirasi kepada anak-anak muda sama ada warga tentera mahupun anak tempatan dalam bidang-bidang lain. Begitulah juga sikap terpuji yang dipamerkan beliau iaitu merendah diri dan menggunakan keupayaannya bagi membantu insan lain haruslah dijadikan contoh dan ikutan kepada sesiapa jua. 

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online