HUTSemasa

KRD Diusia 49 Tahun

PAHANG: Seramai 18 pegawai dan 216 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Kor Risik Diraja (KRD) diketuai oleh Lt Kol Abdul Rahman Muhammad Salim terlibat dalam Perbarisan Hari KRD Ke-49 bertemakan Ilmu Memartabatkan KRD yang disempurnakan oleh Pemangku Pengerusi KRD, Mej Jen Dato’ Ghazali Hj Ismail di Padang Kawad Kolej Perisikan Angkatan Tentera Malaysia (KP ATM) pada 7 Nov 2018.

Majlis diteruskan dengan penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia (PPS), Anugerah Kecemerlangan Bagi Kursus Luar KP ATM dan Anugerah Kecemerlangan Kursus Dalam KP ATM kepada pegawai dan anggota yang telah banyak berjasa dan mengharumkan nama KRD di peringkat tertinggi.

Dalam perutusan Pemangku Pengerusi KRD, beliau berkata bahawa hasil perancangan yang teliti dan usaha yang gigih selama 49 tahun oleh warga KRD yang dahulu dan sekarang, bukan sahaja telah membolehkan KRD mewujudkan unit-unit risik pelbagai disiplin di peringkat BSPP dan Tentera Darat, malah berupaya melaksanakan peranan dan tanggungjawab secara efektif dan efisyen.

“Tambah dan tingkatkanlah keupayaan sumber maklumat yang sedia ada agar segala tindakan oleh pihak musuh atau unsur-unsur yang tidak bertanggungjawab akan mudah dapat dikesan dan dibanteras serta ambil peduli tentang apa yang berlaku di negara jiran khususnya kerana apa jua yang berlaku di sana akan memberi kesan atau impak kepada lanskap keselamatan dan pertahanan negara kita.

“Situasi persekitaran geo-strategik yang dinamik serta perkembangan teknologi maklumat dan ketenteraan yang bergerak pantas dewasa ini menuntut semua unit perisikan khasnya dan kor amnya untuk merubah corak pengurusan dan pengoperasiannya supaya kekal relevan dan efektif.

“Perubahan tersebut penting agar unit-unit dan KRD sentiasa berada pada tahap kesiagaan yang tinggi bagi menghadapi sebarang bentuk ancaman sama ada berbentuk tradisional ataupun bukan tradisional,” tegas beliau.

Selain itu, Pemangku Pengerusi KRD turut menyarankan agar semua peringkat kepimpinan dalam KRD menggunakan kebijaksanaan untuk mengadun elemen manusia, peralatan dan metode bagi pelaksanaan tugas yang efektif dan efisyen sesuai dengan ancaman dan kehendak semasa.

Turut hadir Pengarah Direktorat Operasi BSPP, Mej Jen Ahmad Norihan Jalal, Asisten Ketua Staf Perisikan, Brig Jen Dato’ Rezil Shahidin, Pengarah KRD, Kol Hamzah Ali dan Veteran KRD.

Gambar: Saifun Hakimi Zainon

Artikel Berkaitan

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online