Rencana

58 Tahun Kemerdekaan Teguhkan Perpaduan Rakyat

[dropcap]A[/dropcap]pabila berbicara tentang kemerdekaan, ianya membawa maksud tentang kebebasan.  Dalam konteks perjuangan menentang penjajah, negara sudah merdeka 58 tahun tetapi dalam konteks perjuangan membebaskan diri  dari perasaan tidak puas hati, sombong, angkuh dan hasrat dengki sejauh mana ianya dapat dicapai?.  Ibarat sudah terang lagi bersuluh, kita semua tahu natijah jika perasaan itu terus menguasai diri. Kemerdekaan  yang sekian lama  dipertahankan akan hilang begitu sahaja. Lalu apa yang akan kita wariskan kepada generasi akan datang?. Bumi yang tandus?. Atau mungkin sungai merah dek darah yang mengalir?.

“Merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah didapati, melainkan ianya dikehendaki untuk mendapatkannya dengan cara pengorbanan yang sebenar pengorbanan”. Itulah ungkapan keramat Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan bagi yang tidak mengenal serta menghargai erti kemerdekaan, mustahil untuk memahami ungkapan tersebut. Malangnya, setelah 58 tahun kita merdeka ada pihak yang sengaja cuba mencalar keamanan, keharmonian dan perpaduan yang sedang kita nikmati.  Ada si Tanggang yang cuba mencabar konsep ketuanan melayu dan ada individu yang tidak bertanggungjawab mempersoalkan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak malah lebih teruk mempertikankan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

MERDEKA
                                 Tunku Abdul Rahman melaungkan “Merdeka” sebanyak 7 kali

Sejak 58 tahun lalu hingga ke hari ini, tarikh keramat 31 Ogos tidak pernah kita lupakan. Tanya saja pada kanak-kanak mereka akan tahu pada tarikh itulah negara kita mencapai kemerdekaan. Tarikh itu juga mengingatkan kita kepada perjuangan dan pergorbanan generasi terdahulu untuk membebaskan tanah air daripada belenggu  penjajahan yang bukan sahaja menguasai ekonomi dan politik malah cuba mencorakkan masyarakat negara kita.  Sewajarnya perjuangan generasi terdahulu dikenang dan dihargai kerana atas pergorbanan merekalah kita dapat menghirup udara kemerdekaan hingga ke hari ini.

MERDEKA 1
Perarakan penduduk tempatan membawa sepanduk sempena meraikan Kemerdekaan buat Tanah Melayu

Sejak membebaskan diri dari belenggu penjajahan, Malaysia bangkit untuk menjadi negara bangsa yang dihormati dan berdaulat. Walau sedikit digugat oleh krisis politik dalaman yang agak rencam ketika ini serta ditambah pula dengan nilai mata wang negara yang kian merosot dan menjunam namun Malyasia mampu bertahan. Malah nama negara terus harum di peringkat golbal.  Lima dekat mungkin tempoh yang singkat untuk membina nama apatah lagi untuk bergerak seiring dengan negara yang telah berkurun mencapai kemerdekaan.

Menjadi kelaziman, setiap kali sambutan Hari Kemerdekaan pasti ada tema dan logo yang dipilih.  Tema Hari Kebangsaan  mula diperkenalkan pada tahun 1970 iaitu setelah berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 manakala logo mula diperkenal secara rasmi pada tahun 1976 dan rakyat diberi penghormatan  untuk mereka bentuk logo yang bersamaan dengan tema pada setiap tahun bagi tujuan memberi perasaan kecintaan kepada negara. Kemerdekaan ke-58 ini penuh bermakna apabila konsep Tema Hari Kebangsaan 2015 pada tahun ini iaitu Sehati Sejiwa menggambarkan keutuhan, perpaduan, kesefahaman, bersatu dalam menempuh saat kejayaan dan detik kesusahan seluruh rakyat negara ini. Rakyat Malaysia dituntut supaya taat setia tanpa berbelah bahagi, jiwa raga dan kesetiaan hanya kepada tanah air tercinta. Tanpa rasa curiga apatah lagi mewujudkan onak duri dalam usaha untuk memporakperandakan negara. Lebih malang lagi jika wujud tindakan cuba menggulingkan negara, ternyata mengundang kemusnahan dan ketidaktenteraman dalam kalangan warga di tanah air tercinta. Jika kita mengamati bait-bait lirik Hari Kebangsaan 2015 ternyata lagu ini menyuntik semangat dan roh perjuangan rakyat Malaysia. Lirik ini mengajak kita agar memantap jiwa lebih tabah dan kental menempuh segala rintangan dan dugaan yang menimpa negara ini.

merdeka 3
                                                                     Tema Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-58

Perayaan Hari Kebangsaan 2015 bukan sekadar retorika semata-mata kerana tema kali ini mengajar rakyat Malaysia agar dapat membina semangat sehati sejiwa di mana jua kita berada. Malah mulai tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan tidak lagi disebut kali ke berapa kerana usaha ini dapat merapatkan hubungan antara rakyat tanpa mengira mereka dari Semenanjung, Sabah atau Sarawak. Lirik ini jelas menyeru agar rakyat Malaysia sehati sejiwa tanpa curiga, memantap perpaduan demi kesejahteraan bersama. Malah jarak antara negeri-negeri Borneo, iaitu Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung bukanlah pemisah dan penghalang ke arah keutuhan bersama. Sehati sejiwa turut membawa maksud budaya seluruh rakyat Malaysia yang berganding bahu dan bekerjasama serta bersatu dalam apa juga kejayaan dan rintangan yang berlaku di negara tercinta Malaysia. Walaupun berbeza adat resam, kepercayaan dan budaya, namun bukan faktor untuk kita berselisihan. Masyarakat yang berjiwa merdeka meletakkan kepentingan umum lebih utama daripada kepentingan sendiri. Walaupun kita berbeza budaya, tapi kita masih mampu mencari titik pertemuan demi perpaduan dan kelangsungan bangsa Malaysia.

Semangat sehati sejiwa ini terbukti ketika Malaysia ditimpa musibah, bencana atau kemalangan. Kejadian banjir besar di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, Kedah dan di Sabah serta beberapa kawasan pedalaman dirasai bersama seluruh rakyat Malaysia. Kejadian gempa bumi di Sabah juga dirasai bersama oleh warga Malaysia. Tanpa diarah dan diminta, rakyat Malaysia membantu secara sukarela menyelamat mangsa banjir. Jelasnya, detik suka dan duka perlu dirasakan bersama dalam satu negara. Begitu juga insiden misteri kehilangan MH370 dan tragedi MH17 yang menjadi polemik antarabangsa juga dirasai, dijiwai dalam hati nurani rakyat Malaysia. Walaupun kes ini belum lagi selesai, kita terpanggil untuk menyatakan hasrat dan doa agar semuanya mendapat jawapan yang pasti. Ini sejajar dengan salah satu prinsip towering personality iaitu individu yang berjiwa merdeka. Masyarakat yang berjiwa merdeka dapat melahirkan buah fikiran yang proaktif dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baharu yang bermanfaat bagi memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Individu yang berjiwa merdeka ialah berfikiran kreatif, inovatif dan penyayang. Bukan sekadar pengguna namun mampu mencipta dan menampilkan idea-idea baharu yang memberi manfaat kepada masyarakat, individu berjiwa prihatin saling bantu membantu dan bertoleransi demi kelangsungan bangsa dan negara.

image

Antara perkara paling penting yang dapat dikutip dan dijadikan teladan serta dihayati di akhir perjuangan kemerdekaan ini adalah wujudnya persefahaman di antara tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Persefahaman ini telah menjadi resepi utama perpaduan dalam kalangan penduduk di Malaysia. Semoga persefahaman ini berkekalan dan perpaduan terus mekar bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan Malaysia. Semangat cintakan negara terpancar di setiap wajah ribuan insan daripada segenap lapisan dan kaum yang membanjiri Dataran Merdeka di ibunegara untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2015.  Lautan manusia termasuk pelancong asing mengambil peluang menghayati tema sambutan pada tahun ini iaitu Sehati Sejiwa dengan menampilkan semangat patriotisme dan kebersamaan di acara sambutan peringkat kebangsaan penuh warna-warni dan meriah. Semangat kesatuan itu ditunjukkan melalui persembahan bertenaga dan perbarisan oleh hampir 13,000 peserta pelbagai kontinjen termasuk daripada sektor awam dan swasta, pelajar serta anggota pasukan keselamatan.

Berangkat ke acara Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-58 di dataran penuh bersejarah itu ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Hadir sama Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis dan barisan Menteri Kabinet serta perwakilan asing.  Sejurus keberangkatan tiba, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menerima tabik hormat dan memeriksa perbarisan pasukan Kawalan Kehormatan Utama terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja diketuai Mejar Mohd Herdi Ismail. Ia diikuti acara menaikkan Jalur Gemilang oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), diiringi nyanyian lagu kebangsaan Negaraku. Serentak dengan itu, kedengaran 14 das tembakan meriam oleh 41 Bateri Istiadat Rejimen Artileri Diraja (RAD). Acara sambutan dimulakan dengan acara Derap Seragam, iaitu persembahan terbaharu oleh 900 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disusuli persembahan serentak bersama-sama pelajar dengan melakukan kawad berirama. Penonton di lokasi turut dapat menyaksikan menerusi acara secara jelas menerusi skrin LED berukuran 108 meter panjang dan sembilan meter tinggi, iaitu skrin terbesar pernah digunakan dalam mana-mana sambutan dalam negara.

sekitar merdeka
                  Sekitar Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-58 (lihat galeri untuk gambar yang lain)

Manakala bacaan ikrar di bacakan oleh lima ikon generasi muda dengan diketuai Noradzmi Baba daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah terlibat dalam acara sambutan Hari Kebangsaan sejak 1987. Anak muda kelainan upaya Muhammad Zahriff Affandi yang juga penerima anugerah Ikon Belia Negara, personaliti televisyen dan radio Fara Fauzana, Ratu ushu negara Diana Bong Siong Lin, malim gunung Mohd Rizuan Kauhinin dan guru, Louis Marie Neubert Ambrose.          Mendahului acara perbarisan adalah kontinjen pembawa Jalur Gemilang dan bendera negeri-negeri oleh para pelatih Institut Kemahiran Belia Negara, disusuli kontinjen Eksplorasi Sehati Sejiwa. Kontinjen eksplorasi itu yang dipelopori Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan gabungan sektor kerajaan, badan bukan kerajaan dan sektor korporat menjelajah ke seluruh negara dengan membawa gelombang semangat patriotisme Sehati Sejiwa untuk rakyat dan ia akan menamatkan ekspedisi pada Hari Malaysia.

Turut menarik perhatian adalah penyertaan sekumpulan malim gunung yang menyertai kontinjen negeri-negeri. Mereka memainkan peranan tersendiri dalam melaksanakan misi menyelamat mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu, 5 Jun lepas. Perarakan aset-aset daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) antaranya motosikal Kawasaki GTR 1400 dan Honda ST 1300 yang digunakan untuk mengawal lalu lintas, kenderaan pengiring orang-orang kenamaan dan rondaan, selain beberapa kenderaan lain turut menarik perhatian orang ramai. Manakala ATM mempersembahkan aset pertahanan terkini daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatannya iaitu darat, laut dan udara termasuklah kenderaan pembawa senjata jenis G. Wagon yang digunakan pasukan infantri untuk membuat tinjauan.  Selain kenderaan perisai dan meriam Deruan jet-jet aset pertahanan udara yang melintasi ruang udara sekitar Dataran Merdeka turut membuatkan penonton teruja sebaik ia melaksanakan pelbagai formasi di udara. Antara yang memukau penonton ialah formasi penerbangan sembilan pesawat Pilatus PC 7 yang digunakan sebagai pesawat latihan asas untuk juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), pesawat pengangkut TUDM, selain 11 pesawat tempur Sukhoi SU 30 MKM.

Secara keseluruhannya semangat Sehati Sejiwa perlu diterap dalam diri generasi muda masa kini ini agar mereka menghargai erti kemerdekaan seterusnya mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Program seperti Semarak Sehati Sejiwa Komuniti 1Malaysia dan program kemerdekaan yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia dapat membina semangat bersatu dalam menghadapi cabaran-cabaran yang ada. Semangat semarak ini perlu ditekankan khususnya dengan perisian semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda kerana erti kemerdekaan itu bakal melahirkan kekuatan ekonomi negara. Semangat perpaduan tanpa huru-hara atau semangat curiga-mencurigai antara satu sama lain perlu ditanam dan disuburkan agar rakyat Malaysia menghayati nilai dan semangat kemerdekaan sebenar. Roh dan semangat sehati sejiwa perlulah dihayati dan diinsafi. Jadilah rakyat yang setia kepada negara yang satu iaitu Malaysia dan sejiwa dalam menempuh segala dugaan dan rintangan bersama demi negara tercinta.

[box type=”info” align=”” class=”” width=””]KRONOLOGI MENCAPAI KEMERDEKAAN

27 Julai 1955 – Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan. (UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA (yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi pilihan raya tersebut.

10 Ogos 1955 – Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India.

18 Januari – 6 Februari 1956 – Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di London.

8 Februari 1956 – Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

20 Februari 1956 – Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka

21 Mac 1956 – Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

28 – 29 Disember 1956 – Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis. Lalu, Rundingan Baling diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).

30 Ogos 1957 – Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu tanda negara mencapai kemerdekaan.

31 Ogos 1957 – Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.   [/box]

Artikel Berkaitan

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online