Bersama PemimpinPenghargaanSemasaTentera Bersama Rakyat

APC dan PPT Tingkat Motivasi Anggota Tentera dan Penjawat Awam

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada mereka yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang (PPT) Kementerian Pertahanan yang menunjukkan bahawa setiap khidmat bakti dalam perkhidmatan sentiasa dihargai oleh kerajaan, khususnya Kementerian Pertahanan.

Beliau berkata, penganugerahan ini sebagai salah satu kaedah ganjaran atau insentif bagi menghargai sumbangan warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekali gus membentuk motivasi bagi meningkatkan mutu kerja dan produktiviti serta pada masa yang sama mengekalkan sahsiah peribadi pada tahap yang terbaik.

“Sebagai kerajaan yang prihatin, anggota perkhidmatan awam yang merupakan tonggak sistem pemerintahan negara sentiasa diberikan pelbagai insentif seperti pencalonan darjah kebesaran bintang dan pingat serta tajaan melanjutkan pengajian dan kenaikan pangkat untuk lebih maju dalam kerjaya masing-masing.

“Selain itu, kerajaan juga menyediakan kemudahan pinjaman perumahan kepada kakitangan awam dengan kadar faedah yang lebih rendah berbanding bank-bank iaitu empat peratus melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) serta turut menyediakan pinjaman pembelian komputer riba, motorsikal dan telefon bimbit tertakhluk pada kelayakan dan syarat yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa kerajaan sentiasa menjaga kepentingan dan kebajikan penjawat awam yang mana Gred 56 dan ke bawah telah menerima Bantuan Khas Penjawat Awam berjumlah RM 600 manakala pesara kerajaan menerima RM 300 bagi yang berkelayakan.

Menteri Pertahanan berkata demikian dalam ucapannya sebelum menyempurnakan Majlis APC dan PPT Kementerian Pertahanan Tahun 2021 di sebuah hotel terkemuka sekitar Kuala Lumpur pada 1 Apr 2021.

Tambah beliau lagi, kakitangan awam harus terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat sejajar dengan semangat dan aspirasi dua janji keramat iaitu Ikrar Perkhidmatan Awam dan Ikrar Integriti yang telah dilafazkan dan disematkan dalam hati sebelum ini.

“Pengiktirafan Global Competitiveness Report (GCR) Special Edition 2020 dan IMD World Competitiveness Center mencerminkan tahap keupayaan dan ketersediaan dari segi rangka kerja sistem perundangan ke arah mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara berteraskan digital dalam semua aktiviti utama kehidupan rakyatnya sama ada iktisad, pendidikan dan sosiobudaya yang digerakkan oleh agensi dan penjawat awam selaku pemudah cara.

“Pandemik COVID-19 yang berlaku sedikit sebanyak telah membuka ruang dan peluang untuk meneruskan kecemerlangan selari dengan tema majlis ini iaitu Kelestarian Kecemerlangan dalam Norma Baharu Perkhidmatan Awam,” jelas beliau.

Selain itu beliau menyeru seluruh warga Kementerian Pertahanan agar meningkatkan komitmen dan pencapaian cemerlang dengan kesungguhan untuk mendukung usaha kerajaan dalam menjadi tunjang bagi membina sebuah perkhidmatan awam yang lebih dinamik, cemerlang dan gemilang.

Dalam majlis ini, seramai 292 kakitangan awam dan 45 warga ATM selaku penerima APC diberikan Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan hadiah prestasi wang tunai bernilai RM 1000.00 manakala 59 orang awam Kementerian Pertahanan yang mana 48 daripadanya bersara wajib menerima Pingat PPT, Sijil Penghargaan serta wang tunai bernilai RM 400.

Untuk rekod, seramai 10,601 penerima anugerah APC dan PPT telah dianugerahkan kepada 849 warga awam, 9,549 warga ATM dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan dan 203 orang pesara awam.

Majlis ini dilaksanakan bagi memberikan pengiktirafan terhadap prestasi cemerlang penerima APC di samping menghargai jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan oleh pesara serta bakal pesara di kementerian.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez Abd Aziz dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM dan Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.

Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online