RencanaTeknologi

DRON: HOBI ATAU ANCAMAN?

[dropcap]S[/dropcap]ejak akhir-akhir ini kita sering melihat anak-anak muda bermain dan mengunakan alat yang disebut dron sebagai hobi. Selain itu ianya boleh digambarkan seperti mata dari langit biru yang telah memberikan dimensi baharu pada masa ini. Kepesatan teknologi dunia pada era ini telah membawa manusia kepada penghasilan peralatan canggih seperti dron yang pada asal dicipta bagi kegunaan ketenteraan dan seterusnya berkembang kepada kegunaan orang awam sebagai hobi rekreasi dan komersial. Keupayaan dron dalam merakam panorama indah dari sudut tinggi (High angle) sama ada gambar atau video menjadi hobi rekreasi yang semakin digilai di kalangan pengguna. Perkembangan teknologi yang pantas menjadikan dron semakin murah dan mampu milik, menimbulkan minat yang tinggi kepada orang awam terutamanya jurufoto untuk memiliki dron. Produk video dari kamera dron dapat mengasilkan kualiti yang sinematik dari sudut yang tinggi, menjadikan dron sebagai peralatan ‘mesti milik’ kepada juruvideo.

Apakah itu Dron? Dron pada asalnya didefinisikan dalam kamus bahasa Oxford sebagai bunyi dengungan (buzzing) yang perlahan secara berterusan dihasilkan daripada serangga terbang. Kebiasaannya, serangga terbang seperti lebah yang sedang terbang menghasilkan bunyi dipanggil dron. Kemudiannya, penciptaan kapal terbang pada abad ke-18 menyebabkan dron digunakan menggambarkan bunyi kipas kapal terbang dan seterusnya digunakan bagi menggambarkan bunyi kipas pesawat dron pada awal abad ke-19. Daripada sudut teknologi hari ini, Dron digunakan secara meluas menggambarkan pesawat tanpa juruterbang.  Pesawat tanpa juruterbang ini diterbangkan secara autonomous atau menggunakan alat kawalan jauh yang dikawal dari remote control atau Ground Control Station (GCS). Idea penggunaan dron bermula seawal Perang Dunia Pertama (WWI) apabila dron digunakan sebagai aerial target bagi latihan senjata pertahanan udara dan seterusnya dibangunkan sebagai platform tinjauan, pengawasan dan penandaan sasaran semasa peperangan moden serta sasaran bagi senjata anti-aircraft missile. Terdapat beberapa kategori dron atau dikenali juga dengan Unmanned Aerial Vehicles (UAV) yang digunakan secara meluas iaitu kategori mikro, kecil, medium dan jarak jauh yang mana memberikan produk dan maklumat yang berbeza bagi aplikasi ketenteraan. Muktahir ini, dron telah dijual dipasaran komersial bersaiz dron kecil yang mana dron jenis ini mampu terbang sehingga 500 meter malah ada yang mampu mencapai tujuh kilometer. Jarak penerbangan dron yang dianggap jauh bagi aktiviti rekreasi, merakam gambar yang menarik dari kawasan yang luas menjadikan orang ramai ghairah untuk memiliki dron.

Menurut Financial Times, statistik penjualan dron global pada tahun 2017 meningkat hingga tujuh juta dron yang mana syarikat DJI menguasai hampir 70 peratus pasaran dron. DJI telah memperkenalkan lebih dari 10 jenis dron di pasaran sejak 2006 dan menjadi pilihan ramai bagi peminat dron. Dalam pada itu, terdapat pelbagai dron yang popular di pasaran seperti DJI Phantom 4 Pro, DJI Mavic Pro, Parrot Bebop, GoPro Karma, Yuneec Q500, 3DR Solo, Syma X5C dan pelbagai lagi model dari pelbagai syarikat pembuatan dron dengan spesifikasi dron yang stabil dan berkualiti. Sebagai contoh, syarikat DJI telah mengkomersialkan quadcopter dron iaitu beberapa siri Phantom yang dapat digunakan untuk kegunaan komersial. Antara dron yang mendapat permintaan tinggi adalah DJI Mavic Pro yang berkeupayaan terbang selama 27 minit dan mencapai jarak tujuh kilometer bagi membolehkan aktiviti seperti rekreasi, fotografi, videografi, penyelidikan dan pemantauan trafik serta pelbagai lagi aktiviti dilakukan. Keupayaan dron jenis ini telah melebihi kemampuan yang sebelum ini dianggap sebagai rekreasi kerana kamera yang beresolusi tinggi iaitu 12 Mega Pixel dan 4K video resolution selain sistem GPS yang tepat. Keupayaan ini membolehkan peta skala kecil yang beresolusi tinggi dihasilkan. Selain itu, dron hobi atau rekreasi ini juga dapat digunakan sebagai platform yang kos efektif dalam menjalankan tugas pemantauan dan pengawasan bagi agensi-agensi awam dan keselamatan kerana keupayaan kamera yang beresolusi tinggi dan mampu menghantar maklumat video secara real-time. Sistem dron yang menggunakan penstabil gyro dibantu oleh Satellite dan Vision Positioning memberikan kestabilan kepada penerbangan dron tersebut. Integrasi pelbagai sistem yang berteknologi tinggi ini memberikan hasil dron yang berkualiti dalam menghasilkan produk gambar dan video yang menarik, melahirkan keghairahan di kalangan pengguna dron.

Kegilaan memiliki dron semakin popular di Malaysia dikalangan jurufoto dan juruvideo selain pengguna rekreasi kerana dron mudah diperolehi di pasaran secara dalam talian atau di kedai permainan. Harga dron semurah RM200 hingga RM5000 bergantung kepada spesifikasi yang dipasang di dalam dron itu sendiri. Faktor-faktor ini menyebabkan majoriti golongan ini ghairah memiliki dron dan menjalankan aktiviti penerbangan dron di kawasan yang mempunyai panorama indah, termasuklah kawasan sensitif tanpa memikirkan implikasi dan bahaya menanti. Pada tahun 2015, foto dari udara, dipercayai dirakam melalui kamera dron memaparkan pesawat Air Asia dan Saudi Airline menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) untuk mendarat menjadi viral setelah dimuat naik di laman Instagram oleh pengendali dron. Tindakan berkenaan menimbulkan kebimbangan dan kemarahan orang ramai kerana warga media sosial berpendapat tindakan individu tersebut yang ghairah merakam detik pendaratan kapal terbang adalah merbahaya malah boleh mengundang bencana yang besar kepada penumpang pesawat tersebut. Tindakan ini menunjukkan majoriti pengguna dron tidak mengetahui peraturan dan regulasi yang perlu dipatuhi ketika menerbangkan dron. Keinginan untuk merakam gambar yang unik dan menarik dengan menerbangkan dron tanpa mengira kawasan dan keadaan selain kepekaan kepada undang-undang dilihat akan mendatangkan kecelakaan dan bencana. Selain itu, pengguna dron juga berani memodifikasikan sistem dron bagi membolehkan dron terbang di dalam kawasan No-fly zone dilihat akan mengundang bahaya.

Natijahnya, lambakan dron hobi yang murah dan berkemampuan tinggi menyebabkan pengguna dron berlumba-lumba mengahsilkan gambar yang unik dan dilihat bakal menjadi ancaman kepada keselamatan kawasan berkepentingan dan ruang udara penerbangan awam. Oleh itu, penguatkuasaan terhadap penggunaan dron perlu digazetkan bagi mengawal aktiviti penerbangan dron agar tidak memberi ancaman kepada keselamatan. Di Malaysia, Department of Civil Aviation Malaysia (DCA) adalah agensi yang bertanggungjawab menyediakan regulasi yang selamat dalam aktiviti penerbangan. Penerbangan dron telah termaktub di bawah Civil Aviation Regulation 2016 (CAR 2016) atau Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 di bawah Kaedah 140 hingga 144. Bagi pengendali dron yang melanggar undang-undang ini, tindakan boleh dikenakan hukuman di bawah Peraturan 206(3)(a) atau 206(3)(b) CAR 2016 iaitu individu boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau dipenjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi syarikat, syarikat boleh didenda tidak lebih RM100,000. Bagi dron yang digunakan untuk mengambil gambar atau merakam video, ianya terikat dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 di bawah Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2007 iaitu Pekeliling Arahan Keselamatan Terhadap Dokumen Geospatial Terperingkat. Pengendali dron yang ingin menjalankan kerja mengambil gambar atau video dan kerja ukur perlulah memohon permit bagi menjalankan aktiviti. Sekiranya pengendali dron melakukan kesalahan dengan mengambil gambar di kawasan larangan dan sensitif tanpa permit, pengendali boleh disabitkan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 di bawah Seksyen 4 iaitu Larangan mengambil atau membuat apa-apa suratan, ukuran, pemeruman atau kerja ukur mengenai atau dalam sesuatu kawasan larangan yang membolehkan hukuman iaitu dipenjara tidak kurang Satu tahun dan tidak melebihi 14 tahun. Manakala sekiranya pengguna dron menerbangkan dron di kawasan sensitif yang digazetkan, mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 7 iaitu larangan membawa perkakasan fotografi yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjara tidak lebih Satu tahun atau kedua-duanya sekali.

[/media-credit] Larangan menerbangkan drone di aerodome tidak diendahkan oleh yang tidak bertanggungjawab
Penguatkuasaan undang-undang ini dilihat bertujuan mengawal aktiviti penerbangan dron agar tidak disalahguna dan mendatangkan ancaman kepada keselamatan kawasan dan orang ramai. Oleh itu, pengendali dron perlu memastikan penerbangan yang dilakukan di kawasan yang sesuai tanpa risiko dan memohon permit menjalankan aktiviti sebelum menjalankan membuat penerbangan. Permit atau kelulusan penerbangan bagi Mengambil gambar di kawasan sensitif perlulah dimohon dari Bahagian Geospatial, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) bagi membolehkan tapisan dilakukan. Selain itu, sekiranya melibatkan aktiviti merakam gambar di kawasan kem tentera dan aset strategik tentera, permohonan hendaklah dilakukan melalui Sel Risik Formasi setempat sebelum dimajukan kepada Direktorat Keselamatan dan Risik Balas, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan bagi mendapatkan kelulusan terbang. Bagi pengendali yang menjalankan aktiviti penerbangan dron sebagai rekreasi, pengendali tersebut perlulah menerbangkan dron di kawasan lapang atau terbuka dengan mematuhi regulasi dan peraturan yang telah disebut.

Secara keseluruhannya, penyelidikan teknologi dron yang pantas memberikan dimensi baru kepada aktiviti penerbangan rekreasi dan fotografi. Walaubagaimanapun, aktivititi-aktiviti ini perlu memastikan penerbangan dron tidak berkompromi dengan sebarang tindakan yang boleh memberikan ancaman dari sudut keselamatan. Sebagai pengendali dron, kepekaan terhadap regulasi dan peraturan perlu wujud bagi memastikan aktiviti yang sepatutnya dijadikan sebagai rekreasi telah disalahguna dan mendatangkan ancaman kepada aspek keselamatan.

[box type=”info” align=”” class=”” width=””]Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016

1. Dron yang melebihi berat 20 kilogram perlu memohon kebenaran terbang daripada pihak DCA.

2. Dron tidak dibenarkan terbang di kawasan Aerodome lapangan terbang, kawasan berkepentingan seperti Putrajaya, Bangunan Parlimen, Istana Negara, Balai Polis, Penjara dan Kem Tentera.

3. Tidak terbang melebihi ketinggian 400 kaki.

4. Memastikan dron terbang secara line-of-sight bagi mengelak pelanggaran.

5. Tidak terbang berhampiran perhimpunan yang melebihi 1000 orang.

6. Berlepas/ mendarat tidak kurang dari 30 meter daripada seseorang.

7. Memastikan keadaan pesawat dron berapa dalam keadaan selamat seperti dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) dron.

Sumber: Website Department of Civil Aviation Malaysia[/box]

Artikel Berkaitan

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online