AgamaRencana

AIDILFITRI: SEMARAKKAN IBADAH DALAM KEGEMBIRAAN

[dropcap]A[/dropcap]idilfitri disambut setelah sebulan umat Islam mengerjakan ibadah puasa. Aidilfitri merupakan hari untuk meraikan kemenangan bagi umat Islam setelah melawan hawa nafsu selama sebulan Ramadhan dan mensyukuri nikmat Allah serta kurniaan-Nya. kedatangan Ramadhan bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada seluruh umat Islam untuk melakukan ibadah bagi meningkatkan ketakwaan  serta membuktikan ketaatan kepadaNya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“…Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur”.  (Al-Baqarah: 185)

Ungkapan: “…supaya kamu membesarkan Allah..” dalam ayat di atas boleh dirujuk kepada lafaz takbir hari raya yang dimulakan dengan ungkapan yang bermaksud: “Allah Maha Besar… Allah Maha Besar… Allah Maha Besar…”

Demikian juga ungkapan: “..supaya kamu bersyukur.”  Menggambarkan suasana kegembiraan dan keceriaan umat Islam ketika menyambut hari raya yang menjadi syiar ketaatan kepada Allah SWT.

Berdasarkan petunjuk rabbani tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa Aidilfitri yang dirayakan oleh umat Islam merupakan sebahagian daripada kelestarian ibadah dan ketaatan dalam suasana yang penuh kegembiraan dan kesyukuran. Justeru, aktiviti sambutannya hendaklah berpandukan kepada adab dan tertib yang dianjurkan oleh syarak.

Antara aktiviti yang disyariatkan sepanjang Aidilfitri ialah:

  1. Takbir Hari Raya.
    Sunat bertakbir hari raya sebaik sahaja tarikh hari raya diumumkan akan disambut pada keesokan harinya. Tempoh bertakbir bagi hari raya Aidilfitri berakhir setelah imam keluar untuk mengimami solat sunat Hari Raya.
  1. Menghidupkan Malam Hari Raya.
    Pelbagai amalan sunat boleh dilakukan bagi menghidupkan malam hari raya dengan berzikir, mengerjakan solat sunat dan lain-lain.
  1. Mandi Sunat Hari Raya.
    Sunat mandi hari raya Aidilfitri dan membersihkan diri sebagai persiapan sebelum pergi ke masjid atau tempat untuk menunaikan solat.
  1. Memakai Wangian.
    Sunat memakai wangian yang harum setelah membersihkan diri dengan bergunting rambut dan memotong kuku serta memakai pakaian yang paling elok.
  1. Bersarapan.
    Sunat bersarapan pada pagi hari raya Aidilfitri sebelum keluar ke tempat solat untuk membezakan pagi tersebut dengan pagi-pagi sebelumnya dalam bulan Ramadan dan menunjukkan kegembiraan dengan menikmati rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.
  1. Zakat Fitrah.
    Pastikan zakat fitrah ditunaikan sebelum solat sunat Aidilfitri. Ia merupakan kewajipan tahunan untuk diri dan tanggungan. Di antara kelebihannya ialah untuk mengangkat ibadat puasa yang dilakukan sepanjang Ramadan ke sisi Allah SWT bagi mendapatkan ganjaran yang terbaik.
  1. Solat Sunat Hari Raya.
    Menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri merupakan syiar tahunan bagi umat Islam. Setelah selesai solat, teruskan berada di situ untuk mendengar khutbah hari raya.
  1. Saling Mengucapkan Tahniah dan Doa.
    Sunat mendoakan dan mengucapkan tahniah antara satu sama lain seperti mengucapkan: “Semoga diterima ibadat puasa kita” atau seumpamanya.
  1. Saling Bermaafan.
    Bertegur sapa sesama umat Islam terutamanya dengan ahli keluarga dan kaum kerabat dengan penuh ceria, bermanis muka dan saling meminta maaf di anatara satu sama lain. Muliakan golongan yang lebih tua dan zahirkan kasih sayang terhadap golongan muda.
  1. Pergi dan balik solat hari hari raya melalui jalan yang berlainan.
    Dianjurkan untuk menggunakan jalan yang berlainan ketika pergi dan balik dari tempat solat hari raya dengan tujuan untuk bertemu dengan lebih ramai umat Islam yang lain dan dapat beramah mesra dengan pergaulan yang lebih luas.
  1. Memperbanyakkan sedekah.
    Dalam suasana gembira dan kemeriahan menyambut hari raya, ingatilah golongan yang kurang bernasib baik yang hidup susah dan menderita disebabkan kemiskinan dan musibah yang menimpa mereka. Ringankanlah beban mereka dengan sumbangan dan sedekah. Manakala bagi meraikan antara satu sama lain, perbanyakkanlah memberi hadiah sebagai tanda ingatan dan kasih sayang.
  1. Berziarah.
    Menghidupkan amalan ziarah pada hari raya bagi memperkukuhkan silaturrahim dan persahabatan di kalangan umat Islam. Gunakan kesempatan yang ada bagi mewujudkan suasana bersemuka setelah beberapa lama hanya berhubung melalui gajet dan seumpamanya. Ziarahilah sanak-saudara dan sahabat-handai.

Demikianlah beberapa amalan yang dianjurkan syarak bagi menyemarakkan lagi suasana ibadat pada hari raya Aidilfitri. Dalam kemeriahan berhari raya, umat Islam juga dianjurkan untuk meneruskan kelestarian Ramadan dengan berpuasa enam hari dalam bulan Syawal. Sabda Rasulullah SAW, mafhumnya:

Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian berpuasa enam hari pada bulan Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa setahun penuh”. (Riwayat Muslim)

Puasa sunat ini boleh dilakukan mulai 2 haribulan Syawal secara berturutan sekali gus atau berselang-selang. Namun, ia perlu disempurnakan bilangan enam hari dalam tempoh sebulan, iaitu bulan Syawal.

Semoga Aidilfitri yang diraikan mendatangkan kegembiraan dan melipatgandakan ganjaran pahala yang boleh meraih keredaan Allah SWT. Hendaknya Aidilfitri menjadi cerminan kehidupan gembira para ahli syurga kerana fitrah manusia adalah asal penciptaannya di syurga.

Artikel Berkaitan

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online