PersonalitiRencanaSudut Inspirasi

Wanita TD Pertama Terima Anugerah Khas Pisau PTD

Kejayaan dan kecemerlangan sekiranya tidak diiringi dengan pengalaman, tekad jati diri, usaha, modal serta minat yang bersungguh-sungguh pasti tidak akan menampakkan hasilnya. Kejayaan bukan datang bergolek, bahkan ia mesti disusuli dengan iltizam yang tinggi demi mencapai cita-cita yang disasarkan. 

Perkara ini jelas terbukti apabila seorang anggota wanita Tentera Darat (TD) yang masih lagi berkhidmat mampu mengharumkan nama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya dan TD khasnya apabila berjaya menghasilkan pelbagai kejayaan dengan mengikuti aktiviti lasak bertaraf antarabangsa. Bagi mengetahui lebih lanjut, ikuti Wawancara Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM), Pbt Mohammad Shukri Suhaimi dan Jurugambar Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi menemubual Sjn Siti Jumaidah Hj Bensali, 36, yang telah melakar sejarah apabila menjadi anggota wanita TD pertama menerima penganugerahan Pisau Panglima Tentera Darat Tahun 2020. 

Anak jati kelahiran Kudat, Sabah ini merupakan anak ketujuh daripada 11 orang adik-beradik. Selepas tamat persekolahan tingkatan lima, Sjn Siti Jumaidah Hj Bensali yang mesra dengan nama panggilan Siti sekadar bekerja sebagai penjual burger di kampungnya. Walaupun mendapat keuntungan yang sedikit, Siti berasa sangat gembira dan berpuas hati apabila melihat penduduk kampung sanggup beratur panjang semata-mata untuk menikmati burger hasil air tangannya sendiri. 

Pada suatu hari, gerai Sjn Siti Jumaidah Hj Bensali dikunjungi oleh empat orang anggota tentera yang ingin membeli burger. Salah seorang daripada mereka berbual dengannya. “Siti, sampai bila awak nak kerja jual burger? Boleh ke menampung keluarga? Awak muda lagi, cubalah masuk tentera, siapa tahu dapat mengubah nasib keluarga,” kata anggota tentera tersebut. 

Semenjak itu, Sjn Siti Jumaidah Hj Bensali bertekad untuk mengubah nasib keluarganya dan beliau mahu menampung empat orang adiknya yang masih bersekolah ketika itu. Sjn Siti Jumaidah Hj Bensali telah meminta kebenaran serta pendapat keluarga berkenaan hasratnya untuk menjadi seorang anggota tentera, namun tidak kesampaian apabila beliau gagal mendapat sokongan daripada ibu dan kakaknya kerana bimbang jikalau berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini ke atas dirinya yang m e r u p a k a n puteri bongsu mereka. 

N a m u n begitu, Sjn Siti Jumaidah Hj Bensali mengambil keputusan nekad untuk mencuba nasib dalam Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat (TD) di Dewan Masyarakat, Kudat tanpa memberitahu sesiapa. Nasibnya baik apabila terpilih mengikuti pemilihan akhir di Kota Kinabalu, Sabah. Memandangkan pemilihan akhir berlangsung selama seminggu, Sjn Siti Jumaidah Hj Bensali terpaksa merahsiakan perkara tersebut daripada keluarganya. 

Sepanjang seminggu menjalani pemilihan akhir, beliau sentiasa mendapat dorongan dan sokongan daripada seorang Staf Sarjan yang membuatkannya lagi bersemanga t untuk menjadi seorang anggota tentera. Akhirnya rezeki menyebelahi Sjn Siti Jumaidah Hj Bensali apabila lulus Ujian Kecergasan Asas dan Ujian 

“Setiap pagi sebelum ke tempat kerja, saya habiskan masa sejam untuk berlari sejauh 3.8 km membawa beban 10 kg sekitar Kem Kementah. Saya mengulangi latihan yang sama pada waktu malam bermula jam 9 hingga 10. Pada hujung minggu, saya luangkan lebih masa berlatih di gimnasium seperti berlari antara tiga hingga 10 km dan melakukan latihan menarik tayar seberat 30 kg.” 

Kecerdasan Minda bagi melayakkan dirinya bersama sembilan pranita yang lain menjalani latihan selama enam bulan di Port Dickson, Negeri Sembilan. 

Tanggal 8 Jun 2005 merupakan tarikh keramat yang mengubah nasib Sjn Siti Jumaidah Hj Bensali sekeluarga di mana pada hari tersebut beliau telah mengangkat sumpah untuk berkhidmat dalam TD. Bagi mendapat keberkatan dalam menjalani latihan, Sjn Siti Jumaidah Hj Bensali telah memberitahu kisah sebenar dan niatnya untuk membantu meringankan beban keluarga kepada ibu beliau menerusi telefon awam di Transit Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu. 

Berita baik yang disampaikan oleh Sjn Siti Jumaidah Hj Bensali membuatkan ibunya terdiam kaku kerana tidak menyangka bahawa anak perempuannya benar-benar nekad untuk menyertai latihan yang dianggap berat dan lasak serta lebih sesuai untuk lelaki sahaja. Dalam keluarganya hanya abang sulung beliau yang memberi sokongan serta galakan kepada Sjn Siti Jumaidah Hj Bensali untuk meneruskan latihan ketenteraan. 

Selepas enam bulan tamat latihan asas ketenteraan, Sjn Siti Jumaidah Hj Bensali telah diserap ke dalam pasukan Pancaragam Kor Armor Diraja (PPKAD) sebagai Pemuzik ATM. Ketika mengikuti Kursus Asas Muzik di Pusat Latihan Muzik Tentera Darat (PUZIDA) pada 15 Feb hingga 15 Nov 2006, beliau dipertemukan dengan seorang Kpl yang mengajar teknik buka langkah dan cara mengawal pernafasan dengan betul bagi larian jarak jauh. Semenjak itu, setiap hari rutin Sjn Siti Jumaidah Hj Bensali adalah menghabiskan waktu petangnya dengan berlari walaupun sewaktu bulan puasa. Beliau juga pernah terlibat Misi Pengaman PBB siri Malcoy-8 di Lubnan pada tahun 2012. 

Permulaan beliau dalam aktiviti lasak bermula pada tahun 2015 di mana beliau sering meluangkan hari minggu dengan menyertai aktiviti ekstrem seperti mendaki bukit dan perkhemahan bersama kumpulan-kumpulan pendaki Malaysia. Kerana minat yang mendalam terhadap aktiviti lasak beliau tidak kisah menjadi satu-satunya anggota tentera dalam ahli kumpulan pendaki tersebut. 

“Saya gemar melakukan aktiviti sukan lasak seperti mendaki dan antara kejayaan terbesar yang diperoleh adalah menawan puncak Gunung Kinabalu sebanyak dua kali. Manakala ekspedisi ke Everest Base Camp (EBC) pada 2016 merupakan pendakian yang paling tertinggi pernah dicapai iaitu 5,365 meter dari aras laut. Bayangkan saya sanggup mengikat perut untuk mengumpul duit semata-mata mahu membeli peralatan lengkap sendiri bagi menyertai EBC yang memakan masa selama tiga minggu bersama 18 orang awam,” jelasnya. 

Sjn Siti Jumaidah Hj Bensali beruntung kerana ketika itu beliau merupakan staf di Pusat Teknologi Maklumat Tentera Darat (PUSTEKMA) di mana Pengarah ketika itu memajukan surat sokongan khas kepada Ketua Staf Tentera Darat (KS TD) agar memberi pelepasan kepadanya bagi mengikuti ekspedisi tersebut. Hasil perbincangan dengan KS TD, akhirnya beliau berjaya untuk meneruskan minatnya namun Sjn Siti Jumaidah Hj Bensali perlu sentiasa peka terhadap faktor keselamatan dirinya. 

Setelah pulang ke Malaysia, Sjn Siti Jumaidah Hj Bensali semakin bersemangat untuk menguji sejauh mana ketahanan fizikal dan mental dirinya apabila turut mengambil bahagian dalam beberapa larian seperti Shah Alam Night Run 2016 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, Selangor. Beliau bagaikan tidak percaya apabila berjaya meraih tempat ke-10 daripada 3,000 lebih peserta bagi kategori Wanita Junior iaitu sejauh 10 kilometer. Selain itu, beliau juga sanggup ke Cameron Highlands pada hujung minggu semata-mata untuk menyertai Ultra Trail Run sejauh 25 kilometer dan meraih tempat kesembilan daripada beberapa wakil pelari negara lain. 

Bagi aktiviti ketenteraan pula, beliau pernah melibatkan diri dalam acara sukan lasak anjuran Tentera Darat iaitu Ujian Kemahiran Menembak, Merempuh Halangan dan Kawad (UKMHK) bagi mewakili Kumpulan Trup TD Wanita pada tahun 2018 serta menjalani latihan bersepadu bersama Komando selama dua bulan di Mersing, Johor dan Kem Sungai Besi. Di samping itu, penglibatan tersebut secara tidak langsung membantu beliau untuk persiapan menghadapi ujian fizikal dalam program All Women’s Expedition To Antarctica (AWETA). 

Minatnya yang tidak dapat dibendung membuatkan dirinya semakin menyukai akan cabaran biarpun terpaksa membelanjakan wang sendiri untuk mengikuti pelbagai penyertaan. Meskipun fizikalnya kecil, Sjn Siti Jumaidah Hj Bensali memiliki semangat juang yang tinggi mengharungi pelbagai peringkat ujian fizikal dan mental selama dua tahun sebelum layak menjejakkan kaki ke Kutub Selatan menerusi program AWETA 2019. 

“Permulaannya saya tahu mengenai AWETA menerusi rancangan wawancara Ekspeditor Negara, Dr Sharifah tarikh pemilihan,” katanya. 

Pengalaman ini sememangnya tidak dapat dilupakan oleh Sjn Siti Jumaidah Hj Bensali kerana daripada 1,000 peserta yang mencuba nasib menyertai Pencarian Ratu Ais, hanya tiga peserta sahaja termasuk dirinya yang berjaya ke finalis menyelesaikan misi menjejak kaki di bumi Antartika yang memulakan ekspedisi pada 25 Dis 2019. Beliau merupakan satu-satunya peserta tunggal dari TD yang terlibat untuk bersaing dalam beberapa siri pemilihan dan akhirnya terpilih sebagai salah seorang Protege Terbaik. 

Sepanjang tempoh dua tahun melalui proses cabaran penyingkiran dan pemilihan dalam program AWETA sejak tahun 2017, terlalu banyak dugaan yang terpaksa ditempuhi. Mengimbau pengalaman tersebut, terdapat cabaran Crossfit Challenge yang mengandungi 20 cabaran termasuklah rendaman kaki dan tangan di dalam baldi penuh berisi ais selama 30 minit. Cabaran Tarik Tayar siri 1, 2 dan 3 mengandungi syarat ketat dari aspek jarak dan berat tayar yang perlu ditarik. Sewaktu Cabaran Tarik Tayar Siri 3, beliau telah berjaya menarik tayar seberat 65kg selama tempoh 10 hari bagi melayakkan beliau menjadi protege yang terpilih ke peringkat saringan seterusnya. Di samping itu, cabaran berada di dalam Snow World Genting Highlands Siri Pertama selama tiga hari dan Siri Dua selama tujuh hari dengan suhu -10 darjah celcius bukanlah sesuatu yang mudah. Beliau mengambil pengalaman terdahulu ketika mengikuti kursus asas ketenteraan dengan melakukan latihan meningkatkan stamina untuk bertahan di dalam cuaca sejuk. 

Beliau telah melayakkan diri untuk mengikuti kursus Polar Expedition Training (PET) di Finse, Norway selama tiga minggu. Kursus PET tersebut adalah penting untuk mendapatkan lesen kebenaran memasuki Antartika. Semasa Kursus PET, peserta diuji nilai oleh Hannah McKeand, seorang ekspeditor rekod dunia merangkap jurulatih khas dari Antartic Logistics and Expeditions (ALE). Beliau telah didedahkan dengan kemahiran memasang khemah di atas salji, menggunakan peralatan memasak, navigasi menggunakan peta, kompas dan GPS, serta kemahiran skiing sambil menarik sledge yang berbentuk seperti sampan. 

Di dalam tempoh dua tahun tersebut, beliau amat berdisiplin melakukan latihan tarik tayar pada waktu siang dan malam sehinggakan ada kata-kata negatif yang mengatakan beliau seorang yang kurang waras. Walau bagaimanapun, ianya tidak mematahkan semangat dan beliau mengambil cacian tersebut sebagai satu motivasi untuk menaikkan lagi semangat supaya beliau terus berusaha dalam menjalani latihan demi latihan. Tanpa mengira segala penat lelah dari segi tenaga dan wang ringgit, tidak pernah sekali beliau mengeluh dan berputus asa. Beliau telah bertekad untuk terus fokus m e n e r u s k a n latihan. 

Berbeka l kan formula Mentor AWETA, Dr Syarifah Mazlina Syed Abdul Kadir, beliau telah menyusun beberapa jadual latihan sendiri bagi menstabilkan kekuatan mental dan fizikal. 

“Setiap awal pagi sebelum ke tempat kerja, saya akan melakukan solat tahajjud, solat subuh dan membaca Al- Quran. Selepas melakukan aktiviti kerohanian, saya akan memperuntukkan masa satu jam untuk berlari sejauh 3.8 km dengan membawa beban seberat 10 kg di sekitar Kem Kementah. Saya mengulangi latihan seperti Tarik Tayar sejauh 3-5 km pada waktu malam bermula jam 9 hingga 11 malam. Selain itu, saya juga akan menggunakan tayar seberat lebih 60kg untuk menguatkan bahagian lutut dan tangan. Pada hujung minggu, saya luangkan lebih masa berlatih di gimnasium, mendaki dan berlari antara 3 ke 10 km sambil menarik tayar seberat 30kg,” katanya. 

Beliau bukan sekadar fokus pada latihan sahaja, malah turut menambah pengetahuan berkaitan benua dan misi di Antartika melalui pembacaan daripada pelbagai sumber. Beliau juga sangat teliti terhadap penjagaan makanan dan kesihatan. Jadual pemakanan telah disusun rapi bersesuaian dengan latihan fizikal yang dilakukan. Pemakanan adalah amat penting untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat serta sumber tenaga berpanjangan di samping pengambilan vitamin C dan sumber nutrisi lain yang disarankan oleh pakar kesihatan. 

Sjn Siti Jumaidah bersama dua wanita lain iaitu ahli Farmasi dan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik dipilih sebagai finalis AWETA. Mereka telah melakukan fasa latihan intensif terakhir selama dua bulan di Shah Alam bersama Mentor AWETA di mana jadual latihan sangat padat merangkumi latihan tarik tayar, gimnasium, serta aktiviti fizikal yang lain. Di samping jadual latihan yang padat, mereka turut melakukan persiapan alat kelengkapan dan pakaian sebelum berangkat melakukan misi Antartika. Persediaan yang rapi ini dikawal selia oleh Mentor AWETA dengan sistematik dan sempurna berserta semangat tinggi untuk melakukan misi di Antartika. 

Tanggal 12 Dis 2019, kumpulan AWETA berangkat dari Malaysia untuk melaksanakan misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika (AWETA) 2019. Beliau memasang iltizam yang tinggi untuk mengharumkan nama Malaysia dan ATM di dalam misi ini. 

Sjn Siti Jumaidah melahirkan rasa syukur kerana berjaya menyempurnakan misi itu apabila tiba di Kutub Selatan pada 31 Dis 2019 walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, antaranya menampung beban barang rakannya yang jatuh sakit ketika di Antartika disebabkan mengalami Acute Mountain Sickness (AMS) iaitu pembengkakkan pada wajah dan tubuh badan mengakibatkan sulit berjalan, sesak nafas dan Panic Attack iaitu tidak dapat mengawal perasaan, tidak mempunyai keyakinan dan menangis. 

“Namun semuanya berjaya diatasi dan kami berjaya menyempurnakan misi. Diharapkan kejayaan ini menjadi sumber inspirasi kepada semua terutamanya anggota tentera yang lain,” katanya. 

Beliau sangat bersyukur kerana Allah SWT telah memberikan satu kekuatan luar biasa kepada dirinya sepanjang tempoh ekspedisi tersebut. Beliau percaya bahawa sehebat mana pun kita berada, Allah SWT yang mengurniakan kekuatan dan keupayaan tersebut. Beliau juga merasakan berkat doa ibu bapa, keluarga, sahabat dan semua kenalan membawa kejayaan terbesar ini dalam hidup beliau. 

“ Tanpa sokongan dan dorongan mereka semua, siapalah saya. Put your ego down to the earth, always be humble,” katanya. 

Beliau juga sangat teruja dan terkesima dapat melihat kebesaran Allah SWT dan ingin berkongsikan pengalaman tersebut untuk dijadikan inspirasi anak-anak muda terutama golongan wanita keseluruhannya. 

Pengalaman dan cabaran yang paling berharga ketika berada di sepanjang ekspedisi Antartika ini adalah cuaca yang sangat sejuk dengan suhu mencapai -40 celcius bersama angin kencang menyebabkan rasa sukar untuk bernafas dan pergerakan yang sangat perlahan. Disebabkan itu, beliau telah menghadapi frost bite di bahagian ibu jari tangan kanan iaitu kecederaan anggota badan disebabkan sejuk yang melampau. 

Kegigihan Sjn Siti Jumaidah telah membuahkan hasil apabila melakar sejarah menerima Penganugerahan Pisau Panglima Tentera Darat yang disampaikan oleh Panglima Tentera Darat Ke-27, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi. Lebih membanggakan, detik-detik manis tersebut telah ditonton secara langsung oleh ibu bapanya di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada 29 Feb 2020 sempena Sambutan Hari Tentera Darat Ke-87. 

“Saya mahu mengajak generasi muda wanita terutama warga tentera untuk bergiat aktif dan tidak hanya duduk di rumah tanpa melakukan sebarang aktiviti atau hanya bermain permainan di telefon bimbit. Untuk jangka masa panjang pula, jika semua masyarakat menjalani gaya hidup yang sihat, ia akan memberi faedah kepada negara di mana dapat mengurangkan kos kerajaan dalam sektor perubatan dan kesihatan. 

“Di samping itu, selain berlatih, rahsia yang paling penting untuk berjaya adalah sentiasa mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan dan pastikan niat kita sentiasa bersih serta suci. Bagi yang beragama Islam, niatkan untuk mendapatkan keberkatan hidup daripada Allah SWT. Amalan solat lima waktu ditunaikan, sentiasa berdoa, membaca Al-Quran dan bertawakkal kepada Allah SWT, mudah-mudahan diberi kekuatan yang luar biasa dalam menempuh pelbagai dugaan di dunia,” katanya. 

Perancangannya di masa hadapan, beliau mahu membukukan sebuah biografi kisah perjalanan seorang wanita TD dalam menjalani kehidupan tentera serta menempuh cabaran dan halangan sehingga berjaya mengharumkan nama organisasi di persada dunia. 

Selain itu, ianya dapat memberi inspirasi kepada semua warga TD yang lain bahawa meskipun masih dalam perkhidmatan, kita masih mampu untuk melakukan aktiviti yang diminati mengikut saluran yang betul serta menarik minat golongan muda untuk menceburi bidang ketenteraan yang sememangnya terkenal dengan aktiviti lasak. 

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online