RencanaSudut Inspirasi

Mantan SMR TD – “Betul Sikap, Betul Semua”

SMR (Sarjan Mejar Rejimen) atau lebih dikenali sebagai RSM (Regiment Sergeant Major) secara amnya merupakan jawatan paling kanan dalam anggota Lain-Lain Pangkat (LLP)  atau lebih dikenali sebagai Pegawai Tidak Tauliah Kanan. Namun, peranan SMR dalam pembentukan sahsiah anggota TD  amat penting kerana SMR merupakan penghubung atau jambatan di antara pegawai atasan dan anggota bawahan. Oleh yang demikian, kredibiliti dan keterampilan semua SMR amat penting untuk menzahirkan organisasi yang utuh dan mantap.

Baru-baru ini, TD mengadakan Perbarisan Serah Terima Tugas SMR TD di antara PW I Musa Haron dan PW I Hayazi Abdul Aziz yang disempurnakan oleh PTD, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor di Padang Kawad Rej 515 (AW) pada 7 Mei 15 berikutan mantan SMR TD akan menyertai misi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) di Lubnan  dan menjawat jawatan sebagai SMR TD Khas Malbatt 850-3 dan bagi menghargai serta mengenang jasa dan pengorbanan PW I Musa Harun sepanjang beliau menjawat jawatan SMR TD selama tujuh tahun, ikuti wawancara khas wartawan Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM), Kapt Aminin Hafizhin Minhad serta jurugambar BTDM, Sjn Saiful Fazley Rusli bersama mantan SMR TD keenam.

IMG_20150618_084626

1079294 PW I Musa Haron dilahirkan pada 17 September 1968 di Kampung Seberang Prai, Masjid Tanah, Melaka dan telah  di besarkan di Singapura. Beliau merupakan anak keempat dari lima adik beradik yang mana bapa beliau seorang pekerja pelabuhan kapal di Keppel Shipyard manakala ibunya adalah seorang surirumah. Beliau mendapat pendidikan awal di Labrador Primary School dan Mei Chin Secondary School dengan kelulusan GCE Level. Untuk melayakkan beliau menyertai Angkatan Tentera Malaysia, beliau telah mengambil SRP di Saint Joseph Private School, Larkin Johor Bahru pada tahun 1987 sebelum berhijrah ke Malaysia pada hujung tahun 1988. Pada tanggal 23 Jun 1989, beliau telah mengangkat sumpah sebagai anggota tentera di Pusat Latihan Rekrut di Port Dickson. Setelah menamatkan latihan selama enam bulan, beliau seterusnya di serapkan ke Batalion Ke 13 Rejimen Askar Melayu Diraja yang berpangkalan di Kem Semenggo, Kuching Sarawak. Disepanjang perkhidmatan, beliau telah menunjukkan sikap dedikasi dan ketekunan kerja yang tinggi dan berusaha dengan gigih untuk meningkat maju dalam kerjaya ketenteraan. Hasil dari kesungguhan dan dedikasi yang telah beliau tunjukkan, dalam tempoh 19 tahun perkhidmatan beliau  berjaya menyandang jawatan sebagai SMR TD.

IMG_20150618_084630Beliau memegang beberapa jawatan disepanjang tempoh perkhidmatan diantaranya adalah Lans Koperal/Koperal Tambor di 13 RAMD, Ketua Seksyen (BIS) di 13 RAMD, Penolong Ketua Platun di 13 RAMD, Penolong Jurulatih Pegawai Cawangan Ketua Platun di PULADA, Jurulatih Kawad di IPDA, SMR Istiadat di 1 RAMD dan SMR di PULADA. Pada 7 Julai 2008, beliau telah diberi kepercayaan dan mandat oleh pucuk pimpinan TD untuk menjawat jawatan sebagai SMR TD.

Kursus-kursus yang beliau telah hadiri di sepanjang tempoh perkhidmatan adalah Kadar Pasukan (13 RAMD), Asas Brass Band (PUZIDA), Ketua Seksyen (PULADA), Kawad dan Pentadbiran Sarjan Platun (IPDA), Platun Sarjan Decentralized (3 RAMD), Senjata Kecil PTT (PULADA), Penataran Jurulatih (PULADA), Kawad dan Pentadbiran Sarjan Mejar Kompeni (IPDA), Kawad dan Pentadbiran Pegawai Waren (IPDA), American Language Course dan U.S Army Sergeant Major di Texas, USA yang mana kesemua kursus yang beliau hadiri memperolehi keputusan yang cemerlang dan membanggakan. Beliau mendirikan rumahtangga dengan Puan Salina Ahmad dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu dua lelaki dan dua perempuan. Di masa lapang hobi beliau adalah mendengar muzik dan melayari internet. Bagi aktiviti sukan pula beliau amat meminati badminton dan bola tampar.

IMG_20150618_084555

Semasa tempoh beliau menjawat jawatan SMR TD pelabagai pencapaian berjaya dicapai dan antaranya ialah beliau menjadi Principle Delegation dalam seminar atau conference di luar negara  seperti di Senior Enlisted Conference Advance di Singapura (2009), United States Pacific Command (USPACOM) Senior Enlisted Conference di Hawaii (2010), ASEAN Sergeant Major Annual Meeting di Bogor, Indonesia (2011), ASEAN Sergeant Major Annual Meeting di Brunei (2012), ASEAN Sergeant Major Annual Meeting di Oo Phy Lyn Myanmar (2013),  ASEAN Sergeant Major Annual Meeting di Hanoi, Vietnam (2014) dan NCO’s Leadership Development di Darwin Australia (2015).

Untitled-1
Menyingkap kenangan beliau sepanjang beliau memegang jawatan SMR TD beliau memberitahu sememangnya terdapat pelbagai kenangan yang dilalui dan yang paling terkesan di ingatannya ialah beliau dijemput ke Majlis International Student Hall of Fame Induction Ceremony  di US Army Sergeant AcademyEl  Paso, Texas  pada tahun 2010.  Jelasnya untuk mendapat tempat di dalam Hall of Fame syarat utamanya,  peserta mestilah pernah menghadiri Kursus US Army Sergeant Major Course selama 10 bulan dan mesti memegang jawatan yang tertinggi dalam perkhidmatannya seperti SMR TD, Pegawai Waren TLDM atau SMR TUDM.

“Ia juga merupakan penghormatan terbesar buat diri saya apabila di induksikan bersama sembilan SMR antarabangsa yang lain dan Frame Hall of Fame saya dipampangkan di laluan utama akedemi tersebut malah saya juga diberikan saat yang istimewa apabila diberikan peluang untuk berucap di hadapan komandan, fasilator dan juga bekas fasilator saya dan semua pelajar akedemi itu selain daripada pelajar antarabangsa yang lain sehinggakan peristiwa itu membuatkan saya teringat segala pahit getir yang pernah dilalui sepanjang saya berkhidmat di dalam TD dan merasakan penat lelah saya selama ini telah terbalas,” jelas beliau.

Setiap yang manis pasti ada yang pahit, begitu juga yang terjadi kepada mantan SMR TD ini yang mana  baginya tiada kenangan pahit yang ketara disepanjang perkhidmatannya kerana beliau mengangggap segala kesulitan, kesusahan dan kegagalan dalam perkhidmatan adalah asam garam dan lumrah dalam dunia ketenteraan. Beliau turut menyatakan segala kesukaran itu dianggap sebagai cabaran untuk menambah baik kualiti diri beliau agar membentuk personaliti diri terbaik untuk mendokong hasrat pemimpin menjadikan TD sebagai ketumbukan yang kredibel.

Nasihat beliau kepada semua warga LLP TD agar mereka semua perlu mengetahui bahawa kerjaya sebagai anggota tentera adalah satu profesion yang paling baik di dunia. Tiada organisasi lain yang boleh memberi perkhidmatan dan kebajikan yang paling baik kepada anggotanya selain dari ATM dan sentiasa bersikap positif serta perlu mengamalkan sikap jujur dalam melaksanakan tugas.  Tambahnya lagi, untuk mencapai tahap ini (sebagai SMR TD), beliau sentiasa mengamalkan prinsip iaitu sentiasa “Ikut Arahan” dan sentiasa mengamalkan prinsip “Betul Sikap, Betul Semua“.

Diakhir bicara beliau turut memberi harapan serta mandatnya kepada SMR TD ketujuh, PW I Hayazi Abd Aziz  agar SMR TD yang baharu ini dapat membawa  imej anggota LLP TD ke tahap yang lebih tinggi agar setanding dengan tentera luar negara yang maju, disamping memperkasakan ilmu pengetahuan dan membentuk sikap yang positif.

 

Artikel Berkaitan

2 komen

  1. Assalamualaikum.. saya isteri kepada salah seorang peserta kursus kuartermaster sarjan kompeni ingin memberi sedikit komen kepada pihak bertanggungjawab ke atas kursus ini yg sedang berlangsung sekarang hingga 25 ogos 2016 ini. Saya berharap pihak atasan dpt menyelidik setiap aktiviti yg di kelolakan oleh JL unit ini. Ada askar yg mendapat kecederaan di kepala dan anggota badan kerana hukuman di sebabkn hal yg terlalu ringan. Saya berharap pihak berkenaan dpt menyelidik dan mengambil tindakan kepada pegawai berkenaan supaya lebih menitik beratkan objektif kursus drpd hukuman dan latihan yg hanya patut di jalankn kepada tahanan ataupun rekruet baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online