KebajikanSemasa

25 Ribu Unit Rumah Diperuntukkan Kepada Warga Dan Veteran ATM

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan Kementerian Pertahanan menyasarkan pembinaan sebanyak 25 ribu unit rumah untuk warga dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) yang dijangka siap pada 2030.

Beliau berkata, kesemua unit rumah berkenaan akan dibina di tiga lokasi iaitu di Kem Transmitter di Sungai Besi, Kem Genting Klang dan Kem Wardieburn.

“Projek yang dinamakan Satria Residensi ini dimajukan oleh Pembinaan Serta Hebat Sdn Bhd dan dibina di atas tanah Kem Transmitter berkeluasan 23.11 ekar dengan pajakan tanah selama 99 tahun.

“Sebagai permulaan projek, SASaR akan dimulakan di Sg Besi dengan sejumlah 3,500 unit rumah jenis pangsapuri akan dibina,” katanya.

Menteri Kanan Pertahanan berkata demikian semasa Sidang Media selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan SASaR Satria Residensi di Sg Besi pada 13 Mac 2021.

Tambah beliau lagi, pelaksanaan projek SASaR ini menggunakan konsep kerjasama dengan pihak swasta di atas tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi kegunaan Tentera Darat (TD).

“Rumah ini mempunyai tiga jenis perumahan iaitu jenis A bilangan 1,800 unit berkeluasan 1,000 kaki persegi dengan harga RM150 ribu, manakala jenis B bilangan 1,200 unit berkeluasan 1,100 kaki persegi dengan harga RM199 ribu dan jenis C pula terdiri daripada 500 unit berkeluasan 1,200 kaki persegi dengan harga RM250 ribu.

“Selain itu, MinDef akan terus komited untuk memastikan isu berkaitan perumahan anggota dan veteran ATM sentiasa menjadi keutamaan,” jelas beliau.

SASaR adalah satu daripada program dalam teras kebajikan MinDef bagi menjamin keselamatan dan kebajikan warga dan veteran ATM agar mereka dapat menumpukan perhatian kepada tugasan hakiki.

Terdahulu sejurus ketibaan Menteri Kanan Pertahanan, beliau dibawa melawat ke Pusat Jualan dan Rumah Contoh Projek SASaR dan diteruskan dengan gimik simbolik Majlis Pecah Tanah disempurnakan oleh Menteri Kanan Pertahanan.

Aktiviti seumpama ini sangat signifikan dan bertepatan dengan tema HTD Ke-88 pada tahun ini iaitu Sinergi Tentera Darat Dan Rakyat: Tunjang Kedaulatan Negara.

Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato Sri Hj Affendi Buang TUDM, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, dan Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain.

Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul dan Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online