RencanaSudut Inspirasi

Bakti dan Perjuangan Tanpa Penghujung

Berakhirnya khidmat sebagai anggota tentera bukanlah penamat bagi seorang pejuang tentera yang berjiwa luhur dan murni untuk terus mempertahankan kedaulatan negara dan anak bangsa. Semangat yang membara dalam membela nasib bangsa itu dipandang bukan sahaja dalam skop yang besar malah sekecil-kecil perjuangan terhadap golongan yang kurang bernasib baik juga tidak diketepikan dan turut diambil kira. Sebagai seorang anggota tentera yang mempunyai semangat keberanian, kegigihan dan kecekalan, tugas sebagai pejuang negara itu tidak akan pernah selesai selagi kudrat masih mengizinkan untuk terus berjasa kepada nusa tercinta.

Disiplin diri yang tinggi merupakan asas yang perlu dan wajib ada dalam diri setiap anggota tentera agar mereka memiliki jiwa yang berani dan kental dalam mempertahankan negara. Iltizam yang tinggi dalam memelihara nasib anak bangsa dan negara inilah yang menerbitkan tekad dalam diri setiap anggota tentera untuk terus berbakti dengan sehabis daya.

Malah sudah menjadi lumrah, apabila bergelar tentera, umum membayangkan pastinya seorang tentera itu berpersonaliti tegas, bengis dan garang. Namun begitu, tanpa mereka sedari, disebalik topeng “ganas” mereka, terdapat sebuah daerah dalam jiwa mereka yang penuh dengan kasih sayang dan cinta. Ramai yang tidak menyedari bahawa dalam diri mereka sememangnya terselit perasaan kemanusiaan, simpati dan kasihan terhadap anak-anak yatim dan golongan yang kurang bernasib baik masih tidak dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain yang hidup dalam keluarga yang sempurna dan selesa. Inilah rencah kehidupan seorang pesara tentera yang begitu kasih akan anak-anak yatim. Ikuti temubual wartawan Berita Tentera Darat Malaysia, Nurul Azrina Mahmud dan jurugambar PW II Mohd Shahril Mat Ali dan SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan bersama Ayah Din, seorang pesara Tentera Darat Malaysia.

Biografi

Pentadbir Rumah Anak Yatim Warga Miskin Mulia Nurul Huda, Ayah Din atau PW II Shaharuddin bin Razali, dilahirkan  pada 1 Januari 1957 di Setiawan, Perak. Beliau membesar dalam keadaan yang penuh dengan kedaifan dan kesusahan. Namun begitu, kehidupan beliau mula berubah apabila beliau diterima masuk sebagai salah seorang pembela negara. Beliau mula menyertai tentera seawal usia 18 tahun dan telah memerah keringat selama 22 tahun dalam perkhidmatan. Beliau telah dikurniakan 5 orang cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Puan Nor Jidah Abdul Manaf yang berasal dari Felda Sungai Siput. Mula menceburi bidang tentera pada tahun 1975 di Pusat Latihan Darat (PULADA) dan diserapkan ke 19 Rejimen Askar Melayu Diraja Mekanise sehingga tahun 1984. Beliau kemudiannya bertukar ke 504 Askar Wataniah (AW) hingga tahun 1986 seterusnya ke Cawangan Sumber Manusia dan ke 25 RAMD. Beliau bersara pada tahun 1998 di 503 AW dengan pangkat terakhirnya sebagai Pegawai Waran II.

Pahit Manis Perjuangan

Sepanjang perkhidmatan beliau, segala pengalaman pahit manis yang ditempuh menjadi kenangan yang tidak mungkin lenyap daripada kamus hidupnya. Kata PW II Shaharuddin, pengalaman paling manis yang pernah beliau lalui ialah sewaktu menerima Anugerah Khidmat Cemerlang (AKC) sebanyak dua kali berturut-turut. Di atas pencapaian dan kecemerlangan beliau, semangatnya untuk terus berbakti kepada tanah air semakin membuak-buak.

Tidak kurang juga pengalaman pahit yang pernah beliau lalui bersama pejuang-pejuang yang turut serta dalam mempertahankan kedaulatan negara. Masih segar dalam ingatannya disaat beliau menyaksikan peristiwa berdarah dalam Ops Gubir di Sik Kedah yang disertai oleh beberapa rakan pasukan yang lain. Pada ketika itu, seorang daripada ahli pasukannya telah mendapat beberapa petanda tentang kewujudan booby trap di kawasan pengawasan namun setelah ditinjau mereka mendapati bahawa tidak ada sesuatu yang meragukan. Keesokan harinya mereka mula bergerak untuk memantau sekeliling, selang beberapa ketika seorang daripada rakan seperjuangannya terdengar bunyi jeritan yang begitu kuat lantas mereka meluru kearah bunyi tersebut. Dalam keadaan cemas tersebut, mereka menyaksikan seorang sahabat mereka telah terbaring mengiring ke tanah dengan darah yang berlumuran pada kakinya. PW II Shaharuddin bergegas menyelamatkan rakannya yang telah terpijak booby trap lantas membawanya pulang ke pangkalan untuk rawatan. Kejadian tersebut telah memahat suatu kenangan yang begitu menyayat hati kerana bagi beliau, bukan mudah untuk melalui segala rintangan bagi mempertahankan keamanan negara daripada dirampas oleh musuh durjana. Beliau juga tidak pernah melupakan seluruh ahli pasukan kerana bagi beliau pahit manis perjuangan bersama anggota- anggota lain itu begitu berharga dan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

Kegagalan Sebagai Titik Permulaan

Setelah tamat perkhidmatan, beliau telah membuka perniagaan sendiri bagi meneruskan kelangsungan hidup seluruh ahli keluarganya. Namun begitu, rezeki tidak menyebelahi sehingga beliau terpaksa menutup perniagaannya kerana telah mengalami kerugian. Kegagalan tersebut langsung tidak mematahkan semangat beliau malah kecekalan serta ketabahan hatinya semakin menebal dalam mengharungi perjalanan kehidupan dan inilah asbab munculnya kesedaran dalam diri beliau tentang betapa pentingnya mensyukuri nikmat yang maha Esa untuk memperoleh redhaNya agar memudahkan perjalanan hidup sebagai insan yang bergelar hamba. Dalam tempoh kejatuhan, beliau amat terkesan dan mempu membayangkan kesusahan insan lain yang lebih malang daripadanya lalu beliau membuka rumah anak yatim dan warga miskin dengan tujuan untuk membela nasib anak-anak yatim yang tidak dapat mengecap kasih sayang ibu bapa dan keluarga seperti kanak-kanak lain disamping memelihara nasib warga miskin yang tidak berkemampuan untuk bersekolah dan mendapatkan pendidikan yang sempurna.

“Setelah lima tahun bersara, saya masih tidak menemui kegembiraan dan nikmat dalam kehidupan malah saya rasa tidak berpuas hati terhadap apa yang saya telah sumbangkan terhadap negara serta mempersoalkan apa bakti yang telah saya berikan terhadap negara. Mengenangkan nasib dan merasa bahawa ramai anak-anak yang terbiar, hidup dalam kemiskinan, kedaifan dan kesempitan hidup maka timbullah idea dan terbinalah rumah ini,” katanya.

Dengan sokongan dan bantuan beberapa orang rakan, beliau akhirnya berjaya menubuhkan Rumah Anak Yatim dan Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda yang diperuntukkan kepada golongan ini sebagai tempat perlindungan dan berteduh malah dibekalkan dengan makanan dan pakaian yang mencukupi serta turut disisipkan dengan kasih sayang.

Usaha Penubuhan

Rumah Anak Yatim Budi Mulia Nurul Huda adalah sebuah penempatan yang menempatkan anak-anak yang kematian ibu bapa, anak-anak miskin dan anak-anak yang ibu bapa mereka berpisah ketika masih kecil. Rumah ini telah beroperasi selama 12 tahun dan mula beroperasi sejak 15 Ogos 2005. Pada awal penubuhannya, terdapat 15 orang sahaja anak-anak yatim yang menghuni rumah ini. Pada awalnya beliau hanya menyewa rumah anak yatim ini yang terletak di Kampung Tersusun Tanah Hitam, Chemor, Perak. Dengan pekerja seramai tiga orang pada waktu itu, anak-anak ini dijaga dan diasuh serta menjalani kehidupan di tempat baru. Pada ketika itu, mereka hanya tidur beralaskan tilam nipis dan selimut. Walaupun dalam keadaan serba kekurangan, mereka tetap bersyukur kerana masih mempunyai tempat untuk berteduh dan tinggal bersama insan-insan yang senasib dengan mereka. Malah mereka bersyukur kerana masih ada insan yang sangat prihatin terhadap nasib mereka.

Anak-anak ini dididik dan diberi bimbingan dengan begitu rapi dimana beliau telah menerapkan nilai-nilai murni dan keagamaan melalui rutin harian antaranya mereka perlu bangun seawal 5.30 pagi untuk solat subuh berjemaah seterusnya bersiap untuk ke sekolah menaiki van yang disediakan. Usai pulang dari sekolah para penghuni akan ke dewan makan untuk makan tengahari dan kemudian bergerak ke ruangan solat untuk solat berjemaah. Pada waktu petang pula mereka akan mengaji Al-Quran dari 2.30 tengah hari hingga pukul 4.00 petang seterusnya meneruskan aktiviti rutin yang lain iaitu riadah dan minum petang kemudian mengulangkaji pelajaran pada pukul 9.30 hingga 10.30 malam. Waktu lapang mereka seperti hujung minggu juga tidak dibazirkan begitu sahaja dimana Ayah Din dan isteri akan mengadakan latihan nasyid, hafazan dan sukan untuk penghuni rumah ini.

Kesedaran Pendidikan

Bagi PW II Shaharuddin, pendidikan sangat dititikberatkan bagi memastikan anak-anak ini memperoleh kejayaan dan kerjaya yang menjamin masa hadapan mereka. Aspek akademik seluruh penghuni rumah ini sangat diutamakan bagi memastikan mereka mempunyai masa depan yang cerah dan lebih terjamin di samping merubah nasib hidup mereka dan keluarga. Selain itu, beliau sangat menitikberatkan didikan dalam aspek kerohanian dan keagamaan agar seluruh penghuni rumah ini membesar sebagai insan yang berguna, berakhlak mulia dan berjaya. Beliau juga tidak mahu anak-anak ini merasa peritnya kesulitan dan kepayahan hidup yang menghimpit. Pendidikan yang dibekalkan inilah yang akan membuka ruang buat mereka serta membebaskan mereka daripada belenggu kemiskinan dan kedaifan. Oleh sebab itu, beliau sanggup mencari sumber kewangan untuk anak-anak ini bagi mendapatkan pelajaran yang lebih baik dengan mengupah guru-guru tuisyen. Beliau juga tidak malu meminta sumbangan orang ramai bagi melengkapkan kemudahan-kemudahan di rumah tersebut bagi keselesaan semua penghuni dan kini mereka dalam proses menyiapkan dewan serbaguna untuk kegunaan anak-anak ini merangkumi penyediaan perpustakaan dan tempat untuk mereka mengadakan latihan kesenian. “Ayah Din sangat tegas dalam memastikan pendidikan kami dijaga dengan baik. Kami perlu belajar bersungguh-sungguh dan menghadiri kelas tuisyen setiap hari sejurus pulang dari sekolah bagi menghadapi peperiksaan agar kami mendapat keputusan yang cemerlang,” kata Zuraini binti Zukiffly, 23 yang merupakan pelajar tahun akhir UiTM dan bekas penghuni rumah tersebut.

Pencapaian

Walaupun anak-anak ini hidup dalam penuh kesederhanaan, namun pencapaian mereka dalam bidang akademik dan kokurikulum sangat membanggakan yang mana kebanyakan mereka berjaya menyambung pelajaran dan memperoleh kerjaya yang begitu memberangsangkan. Terkini, tiga orang daripada penghuni Rumah Anak Yatim dan Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda telah berjaya melajutkan pelajaran peringkat kemahiran, diploma dan ijazah di universiti dan institusi yang berbeza iaitu Mohd Zamarul bin Zolkernaini (IKBN), Muhd Zulhazizi bin Jopa@Mustafa (Kolej Bestari), Nurul Zafikah binti jopa@Mustafa (UM) dan Siti Norkhatiejah binti Abdullah (UPM). Mereka juga sangat aktif dalam aktiviti kesenian dan pencapaian terbaik sepanjang 2017 ialah Johan Nasyid Peringkat Negeri Perak dan Naib Johan Hafazan Perempuan Menengah dan Rendah Peringkat Kebangsaan Anjuran Peyatim Malaysia yang diadakan di Sarawak baru-baru ini. Mereka juga aktif dalam aktiviti sukan dan menyertai Sukan Anak Yatim (SUKYA) pada setiap tahun. Hal ini memperlihatkan bahawa anak-anak ini dijaga dengan begitu baik bukan sahaja aspek menuntut ilmu sewaktu persekolahan malah membantu mengasah bakat yang ada dalam diri mereka.

Rintangan Sepanjang Perjuangan

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, laut mana yang tidak dipukul gelombang. Dalam kejayaan mendidik anak-anak ini, Ayah Din tidak lepas daripada menerima kemasukan anak-anak yang rendah nilai akhlaknya. Namun begitu, kita bukanlah tuhan untuk menghukum mereka atas kesilapan yang telah dilakukan. Mereka hanyalah anak kecil yang tidak berdosa dan terumbang-ambing di samping masih terkapai-kapai mencari hala tuju kehidupan mereka. Maka, tugas kita adalah memupuk nilai dalam diri mereka dan membentuk emosi mereka agar mereka tidak memberontak serta terpengaruh dengan nafsu dan kata hati mereka semata-mata. Ayah Din menganggap bahawa anak-anak ini umpama kain putih, beliaulah yang bertanggungjawab untuk mencorakkan mereka maka disiplin yang dipelajari dalam ketenteraan inilah yang menjadi panduan untuk beliau mendidik mereka agar kecemerlangan dalam kerohanian itu seimbang dengan kecemerlangan pendidikan mereka. Sedikit sebanyak segala pelajaran itu dapat diadaptasi untuk mereka mendidik diri dan mendisiplinkan diri bagi membentuk sahsiah dan akhlak yang baik. “Menerima masuk anak-anak yang nakal itu merupakan perkara biasa, tapi kitalah yang memainkan peranan membentuk mereka dan memberi pelajaran tentang kehidupan kepada mereka. Hasilnya, ramai anak-anak yang pernah tinggal disini telah berjaya dalam kerjaya dan kehidupan mereka,” tambah beliau.

Kegigihan Asbab Perubahan

Kini, pusat ini menempatkan seramai 34 orang penghuni yang terdiri daripada 13 orang penghuni perempuan dan 21 orang penghuni lelaki. Pusat ini awalnya merupakan sebuah rumah yang telah diubahsuai menjadi bentuk asrama dilengkapi dengan tempat tidur lelaki dan perempuan, dewan makan, ruang mengaji dan solat serta ruang untuk mengulangkaji pelajaran. Segala kelengkapan dan kos perbelanjaan bagi penubuhan ini pada awalnya meggunakan wang beliau sendiri dan kos perbelanjaan ditanggung oleh beliau sepenuhnya. Bertanya mengenai  dana yang diperolehi oleh rumah ini, mereka turut menerima sumbangan daripada individu serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam bentuk kewangan dan keperluan harian. Bagi Ayah Din “selagi kita percaya pada rezeki in shaa Allah Dia akan sentiasa membantu hambanya yang berada dalam kesusahan. Alhamdulillah setakat ini sumber kewangan kami tidak pernah putus dan kami sentiasa menerima sumbangan daripada individu yang ikhlas ingin membantu dan bersedekah untuk anak-anak ini,” katanya. Pengurusan rumah anak yatim ini turut dibantu oleh 9 orang staf termasuklah ustaz, ustazah dan tukang masak yang dibayar elaun setiap bulan. Perlaksanaan untuk menerima masuk anak-anak yatim dan warga miskin ini dilakukan berdasarkan faktor-faktor latar belakang keluarga yang miskin, tidak mempunyai keluarga dan ibu bapa serta tidak berkemampuan untuk mendapat pendidikan dan kehidupan yang sempurna.

Dengan adanya Rumah Anak Yatim dan Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda ini, nasib anak-anak yatim dan juga warga miskin telah dapat dipelihara. Kewujudan rumah ini sesungguhnya sangat membantu mereka untuk berdikari dalam kehidupan seharian begitu juga dalam pelajaran yang bakal menjadikan mereka insan yang berguna terhadap agama, bangsa dan tanah air. Tanggungjawab yang digalas oleh PW II Shaharuddin atau Ayah Din adalah sangat besar dan tidak mungkin akan dapat dibalas kerana jasanya dalam menjaga dan mendidik anak-anak ini telah memberikan seribu sinar serta keazaman untuk mereka merubah nasib mereka dan melakukan yang terbaik dalam penghidupan mereka kerana mereka telah melalui pelbagai kesusahan berikutan desakan-desakan dan kemiskinan yang menutup peluang pendididikan dan keselesaan hidup mereka.

Kesimpulan

Bakti Ayah Din ini merupakan antara usaha murni yang dilakukan oleh seorang pesara tentera yang menjadi sumber inspirasi kepada anggota-anggota yang lain dan masyarakat tentang pentingnya sebuah perjuangan itu dan ia tidak akan pernah terhenti bukan sahaja dalam perkhimatan malah dalam memelihara anak bangsa agar terbentuknya generasi muda yang berkualiti dan tinggi nilai sahsiahnya. Tambahan lagi, anak-anak ini merupakan amanah Allah yang perlu dijaga serta dididik dengan sebaik mungkin, penuh disiplin, penerapan nilai murni yang jitu dan nilai keagamaan agar mereka mampu berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat.  Usaha PW II Shaharuddin dalam memelihara nasib anak-anak yatim ini merupakan sumbangan yang besar kepada negara dalam melahirkan generasi yang bijak pandai dan berakhlak mulia serta suatu hari menjadi seorang pemimpin yang berwibawa.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online