Sejarah

Tragedi 13 Mei 1969: Iktibar Pentingnya Penyatuan Kaum

Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 kini genap 53 tahun telah mencatatkan satu titik hitam yang pasti tidak dapat dilupakan oleh rakyat negara ini dalam sejarah Malaysia moden. Pertumpahan darah dan kacau bilau dahsyat yang berlaku telah mengakibatkan banyak kerosakan dan tidak dapat dipadam dalam lipatan memori generasi yang mengalaminya. Tunku Abd Rahman menyalahkan pengaruh Parti Komunis Malaya (PKM), anasir-anasir kongsi gelap Cina dan ahli politik pembangkang yang menghasut serta mendorong perselisihan fahaman demokrasi, sehingga membawa kepada berlakunya insiden berdarah ini melibatkan dua kaum terbesar iaitu Melayu dan Cina. 

Bermula pada tahun 1969, Malaysia bergelut dengan ancaman komunis di samping perhubungan antara kaum yang lemah. Kesan penjajahan Jepun dan pemerintahan British dilihat mencetuskan ketidakpercayaan antara kaum dan berlakunya pertelingkahan kecil antara kaum. Menjelang hari mengundi sempena Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-3 pada 10 Mei 1969, dua petugas parti politik dibunuh di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur melibatkan seorang ahli United Malays National Organisation (UMNO), manakala seorang lagi dari Parti Buruh yang dikaitkan dengan komunis. Pada 11 dan 12 Mei 1969, ribuan orang berarak dan rusuhan berlaku di Kuala Lumpur melibatkan kaum Melayu dan Cina sehingga keadaan sekitar ibu kota menjadi tegang. 

Spekulasi dan khabar angin yang tersebar memburukkan keadaan, sehinggalah pada penghujung peristiwa 13 Mei 1969, memaksa Rejimen Askar Melayu mengambil alih kawalan keselamatan di Kampung Baru. Akhirnya rusuhan dapat dikawal dengan menggunakan gas pemedih mata, diikuti pengumuman perintah berkurung 24 jam (curfew order). Ketua Polis Negara mengeluarkan perintah ‘tembak sampai mati’ bagi mengelakkan tindakan ingkar arahan Curfew oleh mana-mana pihak dan Rejimen Askar Melayu mula meronda kawasan-kawasan rusuhan. 

Berdasarkan laporan rasmi Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), jumlah mangsa yang terkorban akibat peristiwa hitam ini adalah 192 orang (143 Cina, 25 Melayu dan 28 Lain-lain Bangsa) manakala 439 dilaporkan cedera. 

Meskipun topik 13 Mei ini tidak dikupaskan secara terbuka, namun peristiwa ini seharusnya dijadikan tauladan kepada kita agar tidak berulang lagi. Ia boleh diumpamakan ‘kalah jadi abu, menang jadi arang’ kerana konflik ini merugikan semua kaum dan menjejaskan imej negara di persada antarabangsa. Jika dilihat dari sudut positif, peristiwa ini telah membuka minda masyarakat, serta memupuk usaha peningkatan ekonomi Malaysia dan keseragaman pendidikan. 

Pasca Peristiwa 

Pelbagai usaha diambil oleh kerajaan dalam memupuk perpaduan nasional dan memperbaiki hubungan antara kaum. Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan dari semasa ke semasa adalah seperti berikut: 

1. Rukun Negara (Ideologi Kebangsaan). Rukun Negara dilancarkan pada 31 Ogos 1970 dan merupakan sebuah ideologi kebangsaan yang dirangka bagi menimbulkan semangat dan identiti yang sama bertujuan memupuk muafakat dalam kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik. Berteraskan kepada lima prinsip utama iaitu: 

• Kepercayaan kepada Tuhan 

• Kesetiaan kepada Raja dan Negara 

• Keluhuran Perlembagaan 

• Kedaulatan Undang-undang 

• Kesopanan dan Kesusilaan 

2. Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB dilancarkan pada tahun 1971 melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971 – 1975) dengan tujuan untuk mewujudkan keseimbangan ekonomi antara kaum dan wilayah bagi mencapai perpaduan negara. Dua strategi utama telah diwujudkan iaitu: 

• Untuk mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan melalui peningkatan pendapatan serta penambahan peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum 

• Untuk menyusun semula masyarakat bagi memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. 

3. Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar Pendidikan Kebangsaan termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 yang diasaskan daripada Laporan Razak 1956 serta Laporan 57 

Rahman Talib 1960. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu selaras dengan usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan etnik. Antara langkah-langkah yang diambil bagi memenuhi matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam memupuk perpaduan dan integrasi nasional adalah dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Selain itu, kegiatan kokurikulum turut dilaksanakan sementara sukatan pelajaran yang seragam kandungannya disediakan untuk semua sekolah di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. 

4. Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Pembentukan satu kebudayaan kebangsaan dapat memupuk perpaduan menerusi satu gaya hidup dan nilai-nilai yang dipersetujui merangkumi unsur-unsur yang baik daripada pelbagai kebudayaan kaum, dengan berteraskan kebudayaan asli tempatan. Tiga prinsip telah ditetapkan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu: 

• Kebudayaan Kebangsaan hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini. 

• Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur Kebudayaan Kebangsaan. 

• Agama Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. 

5. Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu). Bahasa memainkan satu peranan penting dalam proses memupuk perpaduan antara kaum. Justeru itu, kerajaan telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di mana mulai tahun 1970, Bahasa Melayu secara berperingkat telah menggantikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Usaha kerajaan dalam memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah dengan memastikan bahasa tersebut menjadi bahasa komunikasi, bahasa ilmu dan bahasa pentadbiran dalam membina sebuah negara bangsa yang bersatu padu. 

6. Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara. Jabatan Perpaduan Negara telah ditubuhkan pada tahun 1969 dan memainkan peranan yang sangat penting dalam menyatupadukan rakyat Malaysia. Melalui Skim Rukun Tetangga, kegiatan yang bercorak muhibah atau kejiranan amat digalakkan dalam masyarakat seperti kempen kebersihan, pertandingan sukan, rondaan keselamatan setempat dan kelas kejiranan. Ianya bagi mengeratkan persefahaman dalam kalangan belia serta menanam sifat-sifat kewarganegaraan, toleransi dan semangat perpaduan, selain penekanan penggunaan Bahasa Melayu, adat resam, nilai-nilai keagamaan masyarakat Malaysia dan pelajaran Sivik. Jabatan Perpaduan Negara kini dikenali sebagai Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN). 

7. Penggabungan Parti-Parti Politik Melalui Barisan Nasional. Kerjasama dan persefahaman politik adalah amat penting bagi menjamin kestabilan dan perpaduan negara. Pada tahun 1953, Parti Perikatan telah ditubuhkan dan berjaya menubuhkan kerajaan di Tanah Melayu pada tahun 1955. Setelah peristiwa 13 Mei, kerjasama politik melalui muafakat dalam Parti Perikatan diperluaskan lagi dengan tertubuhnya Barisan Nasional pada tahun 1971. Dengan tertubuhnya Barisan Nasional, telah melengkapkan perwakilan dari pelbagai etnik dan kepentingan dalam parti pemerintah. 

8. Integrasi Antara Wilayah. Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional baik dari segi sosial, wilayah, ekonomi, kebudayaan, pendidikan mahupun politik. Pada tahun 2006, Jabatan Perdana Menteri telah mengetengahkan Dasar Perpaduan Dan Integrasi Nasional dalam Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional (2006-2010). Dasar ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat Malaysia. Oleh itu, pihak kerajaan mengambil langkah dengan memberikan peruntukan perbelanjaan pembangunan yang lebih banyak kepada negeri-negeri yang kurang maju seperti Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Penyelarasan sistem perhubungan antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak turut diperkukuhkan melalui perkhidmatan telekomunikasi, rangkaian radio, televisyen nasional, pengangkutan udara dan perkhidmatan pos yang baik. 

Kesimpulan 

Kesimpulannya, kelemahan kerajaan memerintah ketika itu dilihat bermula semasa era pendudukan British dan Jepun sehinggalah era konflik (1948-1960) ataupun Darurat di mana setiap kaum di Tanah Melayu merasa curiga antara satu sama lain. Dalam konteks peristiwa 13 Mei 1969, perasaan ragu yang tertanam dalam jiwa individu pada waktu itu sukar untuk dipadamkan dalam jangka masa yang pendek, namun usaha untuk mendamaikan prasangka ini tidak dilakukan secara berobjektif. Oleh itu, inisiatif kerajaan memupuk perpaduan melalui rasa saling bergantung antara satu sama lain terutama aspek pembangunan ekonomi dan sosial adalah bertepatan demi kelangsungan sebuah negara. 

Nilai dan prinsip sejagat seperti menghormati hak asasi manusia, menentang pemerasan serta penindasan, cintakan keadilan, bencikan keganasan, berperikemanusiaan serta cintakan perdamaian perlu dipertingkatkan bagi merealisasikan perpaduan negara. Jika mana-mana pihak pada ketika itu tidak menggunakan sentimen perkauman, perasaan benci dan tidak puas hati mengenai layanan terhadap sesuatu kaum tidak akan timbul. 

Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan-sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut membongkarkan rahsia-rahsia pembinaan negara bangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional sebagai pendekatan ke arah perdamaian. Perdamaian adalah tentang bagaimana kita hendak mengatasi rasa curiga, salah faham, salah maklumat dan berubah ke arah menghormati antara satu sama lain. Andai kata keharmonian yang diperolehi gagal dipelihara serta dimanfaatkan, dikhuatiri cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online