Tentera Bersama Rakyat

Program Rancakkan MADANI Tarik Tumpuan Pengunjung

PUTRAJAYA: Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku berjaya menarik kehadiran ramai pengunjung menerusi demonstrasi ketenteraan, persembahan taktikal serta pameran aset yang dipamerkan di Dataran Putrajaya bermula dari 5 hingga 7 Dis 2025.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menyerikan acara menerusi persembahan Buskers sebelum diteruskan dengan demonstrasi Tempur Tanpa Senjata (TTS), aksi unit Anjing Perang dan Fast Roping oleh pasukan PASKAU.

Suasana program semakin rancak pada sebelah petang dengan persembahan kawad senyap Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), demonstrasi Guns In Action serta aksi Army Red Warrior yang menampilkan ketangkasan anggota dalam situasi taktikal.

Demonstrasi Guns In Action dan Army Warrior Challenge kekal menjadi tarikan utama, manakala pameran aset ATM, reruai pasukan khas dan Survival Village terus menerima kunjungan tinggi sepanjang hari.

Penganjuran ini berjaya memperlihatkan keupayaan ATM dalam pelbagai domain operasi selain mengukuhkan hubungan dengan masyarakat melalui pendekatan terbuka dan interaktif.

Gambar: Pbt Nanatasha Ngadan & Rjr Raja Khairul Husaini Raja Roslan

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online