Bersama PemimpinMK TDSemasa

42 Tahun Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim Bersama TD

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim mengingatkan warga Tentera Darat (TD) supaya jangan berasa selesa berada dalam kepompong dan dunia sendiri kerana menjadi tanggungjawab setiap individu yang juga nadi utama TD untuk menentukan ketumbukan ini terus ampuh serta kematangannya bergerak seiring peredaran masa.

Selain itu beliau mahukan tugas dan tanggungjawab ini digalas oleh setiap lapisan anggota tidak kira apa latar belakang kor dan jantina kerana itu semua perlu mahir dalam konsep peperangan secara hybrid dan lebih terbuka.

Tambahnya lagi,dalam mendepani ancaman serta cabaran global masa kini dan masa hadapan, TD kini terus berusaha memperkukuhkan keupayaannya agar dapat berdiri teguh dan ampuh sebagai benteng pertahanan negara melalui pelan pembangunan Strategik Tentera Darat Army 4nextG yang telah dibangunkan.

Ketumbukan kita berdepan dengan cabaran kewangan yang terhad namun ia bukan alasan untuk bersikap sambil lewa terhadap aspek keupayaan pertahanan kerana  konsep penggunaan aset-aset secara efektif dan efisien diyakini mampu menentukan kesiagaan angkatan ini senantiasa berada di tahap yang diharapkan,” jelas PTD.

Beliau berkata demikian semasa ucapannya dalam Perbarisan Penghargaan Panglima Tentera Darat Ke-26 di Dataran PTD pada 3 Sep 2018.

Terdahulu dari itu seramai 55 pegawai dan 904 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daripada kontinjen Kor TD termasuk pasukan elit Rejimen Gerak Khas dan 10 Bgd (Para) diketuai Pegawai Memerintah 2 RS, Lt Kol Mohd Rasidi Abdul Rasid terlibat dalam perbarisan ini serta diiringi gabungan Pancaragam Pusat Rejimen Renjer Diraja dan Kor Armor Diraja.

Perbarisan ini bertujuan menghargai jasa yang telah dicurahkan oleh PTD yang telah berkhidmat  selama  42 tahun dalam TD.

Mengimbas keperibadian beliau, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim dilahirkan di Gong Kapas, Terengganu pada 24 Feb 1959 dan menjalani latihan di Akademi Tentera Diraja, Sandhurst England sebagai Pegawai Kadet pada tahun 1977 dan ditauliahkan sebagai Lt M di dalam Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja pada 7 April 1978.

Pada awal kerjayanya beliau telah terlibat dalam pelbagai operasi menentang pemberontakan komunis yang kebanyakannya di sempadan Utara Semenanjung dan di negeri Pahang di mana sepanjang 42 tahun perkhidmatannya beliau telah menjawat pelbagai jawatan penting antaranya Panglima 4 Div pada 2007 dan Panglima Medan Barat TD pada tahun 2011.

Tanggal 16 Dis 2016 beliau telah diperkenankan untuk dinaikkan pangkat Jen serta menjawat jawatan PTD Ke-26 dan sebagai menghargai perkhidmatan yang telah dicurahkan kepada negara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim telah dianugerahkan dengan pelbagai pingat dan anugerah.

Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Sri Datin Sri Zaleha Md Yusof dan dikurniakan tiga orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.

Majlis diakhiri dengan acara street lining yang bermula dari Wisma Perwira TD hingga ke Balai Pengawal Kem Perdana Sungai Besi.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Sri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin, Panglima Medan Timur TD, Lt Jen Datuk Stephen Mundaw, pegawai kanan TD dan ahli Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT).

Gambar: SSjn Vijay Arikrishnan dan Sjn Saiful Fazley.

Artikel Berkaitan

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online