1 DivSemasa

9 BGD BANTU PENGHANTARAN BEKALAN MAKANAN

SARAWAK: Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd) terlibat dalam membantu penghantaran bekalan makanan di Bahagian Sibu yang terjejas COVID-19 pada 20 Jan 2021.Pengagihan bekalan makanan tersebut disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Hj Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Hj Openg bertempat di Kompleks Islam Sibu.

Bantuan tersebut diberikan oleh Kerajaan Sarawak ekoran daripada Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bahagian Sibu selama dua minggu bermula 16 hingga 29 Jan 2021.Kehadiran pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya 9 Bgd sedikit sebanyak dapat membantu melancarkan proses pengagihan bekalan makanan kepada 188 isi rumah.

Bantuan makanan tersebut telah dihantar ke 10 lokasi rumah panjang yang terjejas antaranya di Rh Jimmy, Rh Perpetua, Rh Changgai dan juga Rh Edmund di kawasan Daro, Ngemah dan Machan.Antara bantuan yang diagihkan ialah beras, gula, tepung, sardin, teh, kopi, minyak masak, biskut kering dan mi segera.

Di samping menjaga kedaulatan negara daripada pencerobohan anasir luar, ATM juga sentiasa bersedia berganding bahu dengan pihak berkuasa dan juga agensi awam dalam menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang terkesan akibat wabak COVID-19.Ini selari dengan Perintah Ulung PTD dalam Tonggak Kelima yang menekankan Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam.

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online