3 DivBersama PemimpinLatihanSemasa

Penyatuan Kuasa Tembakan Aset ATM Gegarkan Gemas

NEGERI SEMBILAN: Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin diiringi Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan menyaksikan Latihan Kuasa Tembakan 2024 yang dianjurkan oleh Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) bertempat di Lapang Sasar Gemas pada 13 Ogos 2024.

Latihan ini bermula pada 4 hingga 13 Ogos 2024 merupakan aktiviti tahunan Tentera Darat (TD) bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Siswa Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM) Siri 53/24 dari Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) kepada kuasa tembakan.

Objektif latihan adalah bertujuan menguji keupayaan sistem persenjataan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam aspek manuver, kuasa tembakan, impak keatas sasaran serta Future Capability melibatkan dron dalam operasi.

Selain itu, latihan tersebut juga memperlihatkan kepakaran dan kompetensi anggota dalam mengendalikan persenjataan ATM semasa melaksanakan Latihan Tembakan Peluru Hidup.

Latihan pada kali ini merangkumi dua segmen iaitu Segmen Dinamik yang mempamerkan aset seperti GEMPITA AMC 12mm, GEMPITA AHRV 7.62mm, LIPAN BARA 7.62mm, PENDEKAR AEV dan ACV 300 ADNAN IFV 40mm.

Manakala segmen kedua pula iaitu Tembakan Secara Langsung turut melibatkan persenjataan seperti 105mm LG, 155mm G5, 105mm PH, OERLIKON 35mm dan Astros II Multiple Launch Roket System (MLRS).

Latihan Kuasa Tembakan ini signifikan bagi menilai serta meningkatkan keupayaan tempur TD selain berfungsi sebagai platfom untuk memperkenalkan strategi dan teknologi baru dalam operasi ketenteraan seperti penggunaan dron untuk pengintipan dan serangan.

Turut hadir, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM, Timbalan PTD, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Ketua Staf ATM, Lt Jen Datuk Arman Rumaizi Ahmad dan Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Hj Muhammad Huzaimi Sabri.

Gambar: PW II Shamsul Zaidi Zolkoffly, LKpl Mohammad Fadzil Akirul, LKpl Nik Ahmad Asyraaf Nik Husien dan Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online