Bersama PemimpinSemasa

57 Anggota TD Dinaikkan Pangkat PW I

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan dibantu Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Waran Satu (PW I) Tentera Darat (TD) melibatkan seramai 57 Pegawai Waran Dua (PW II) dari pelbagai kor dan rejimen bertempat di Dewan Tanjung, Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) pada 14 Ogos 2024.

PTD mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua anggota yang dinaikkan pangkat hasil daripada usaha gigih dan dedikasi mereka dalam menyempurnakan pelaksanaan tugas dengan cemerlang serta memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh perkhidmatan.

“Selaku pembantu dan penasihat kepada pegawai, kalian adalah tulang belakang yang mendukung segala arahan dan memastikan ianya dilaksanakan dengan sempurna.

“Anda harus sentiasa menjunjung nilai-nilai kemanusiaan, hormat-menghormati, berlaku adil serta membendung sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa atau kekerasan bagi memastikan TD unggul sebagai organisasi yang disegani,” ujar PTD.

Selain itu, beliau juga menekankan bahawa komitmen jitu PW I adalah kunci kejayaan TD dalam mencapai matlamat, visi dan wawasan di semua peringkat termasuk strategik, operasional dan taktikal.

Turut hadir, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan dan Pegawai-pegawai Kanan TD.

Gambar: Pbt Nanatasha Ngadan

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online