Semasa

TD Terima Aset Baharu Kukuhkan Operasi

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan memeriksa serta menerima pelbagai aset baharu disumbangkan oleh beberapa syarikat pertahanan tempatan yang direka khas bagi memenuhi keperluan operasi Tentera Darat (TD) bertempat di Garaj 92 Depot Kenderaan Pusat (92 DKP), Kem Batu Kentonmen pada 25 Okt 2024.

Majlis dimulakan dengan penyerahan Modular Tent untuk kegunaan TD sebanyak 57 unit diikuti dengan Multi Channel Radio System (MCRS) sebanyak 13 unit kenderaan.

Kemudian, penyerahan Multipurpose Mobile Inventory Vehicle (MMIV) sebanyak 10 unit, 50 unit trak 1 Tan Fitted for Radio (FFR), dua unit kenderaan penarik dan horse float serta 30 unit All Terrain Vehicle (ATV).

Majlis diteruskan dengan penyerahan set (V/UHF) handheld, (V/UHF) vehicular dan (H/VHF) manpack yang diperoleh sebanyak 102 unit manakala bagi kegunaan misi malam pula, TD menerima 18 unit Night Vision Goggle (NVG) serta 460 unit set lengkap walkie talkie untuk tujuan komunikasi.

Selain itu, TD menerima Anti Tank 84mm Carl Gustav sebanyak 110 unit diikuti dengan Parachute Free Fall Tactical Glider sebanyak 124 unit dan diakhiri dengan penyerahan satu unit Sistem Simulator Close Quarter Battle (CQB) untuk tujuan latihan.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan.

Gambar: Pbt Tuan Muhammad Farizal Tuan Dir & Pbt Nanatasha Ngadan

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online