Semasa

9 Bgd Sertai Program Roadshow MCTC

SARAWAK: Seramai tiga pegawai dan 26 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (3 RRD), 1 Bn Ubat, Rejimen 510 Askar Wataniah (Rej 510 AW) dan Markas Briged Kesembilan Infantri Malaysia (MK 9 Bgd) terlibat dalam Program Roadshow Mobile Community Transformation Centre (MCTC) yang diadakan di Dewan Masyarakat Bintangor pada 24 Feb 2018.

Program ini telah dirasmikan oleh ahli Adun N. 46 Meradong, Datuk Ding Kuong Hin di mana pelbagai program yang telah diadakan seperti pameran-pameran daripada pelbagai agensi kerajaan dan turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah.

Pada masa sama, 9 Bgd turut mengadakan Pameran Senjata Tentera Darat, Rawatan Pergigian, Pameran Kenderaan G Wagon dan Promosi Pengambilan Askar Wataniah yang mana program seumpama ini adalah merupakan salah satu cabang inisiatif kerajaan bagi mendekatkan perkhidmatan agensi kerajaan terus kepada masyarakat dan rakyat setempat.

Turut hadir Panglima 1 Div, Mej Jen Datuk Stephen Mundaw, Ketua Pejabat Residen Sarikei, Pegawai Kewangan Persekutuan Sarawak dan guru-guru serta pelajar dari Sekolah Menengah Kai Chung.

Gambar: Sjn Donny

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online