3 DivBAKATSemasa

Kunjungan Kebajikan BAKAT Kem 3 Div

MELAKA: Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Kem 3 Div mengadakan kunjungan kebajikan kepada anggota dan ahli keluarga Kem 3 Div yang mengalami masalah kesihatan pada 24 Feb 2018.

Kunjungan pertama dilakukan ke atas Kpl Mohd Sanny Ramli, anggota Sel Kesihatan MK 3 Div dimana beliau disahkan menghidap kanser usus tahap empat dan sedang dirawat di 94 Hospital Angkatan Tentera, Kem Terendak.

Kunjungan BAKAT kemudiannya diteruskan ke rumah Kpl Mohd Taufik Salim yang merupakan anggota Kem 3 Div yang mana Isteri beliau, Maryani Mat Kamis menghidap penyakit kencing manis manakala anaknya Nur Thafiqah pula disahkan menghidap penyakit jantung berlubang.

Kunjungan kebajikan BAKAT ini turut menyampaikan sedikit sumbangan berupa wang tunai dan keperluan harian bagi meringankan beban kedua-dua keluarga anggota tersebut.

Turut hadir Pengerusi BAKAT 3 Div, Datin Norhanita A. Hamed dan ahli-ahli BAKAT di bawah naungan 3 Div.

Gambar: Pbt Noor Atirah Abu Seman

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online