LawatanMK Latihan & DoktrinSemasa

Lawatan Delegasi Angkatan Tentera Qatar ke MK PLDTD

NEGERI SEMBILAN: Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Datuk Marzuki Hj Mohktar menerima Kunjungan Hormat daripada delegasi Angkatan Tentera Qatar yang diketuai oleh Chief of Education Authority in the Qatari Armed Forces, Brig Gen Adel Hassan A R Fakhroo bertempat di Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (MK PLDTD) pada 20 Feb 2024.

Sesi kunjungan ini merupakan lawatan timbal balas bagi membolehkan kedua-dua pihak saling bertukar pandangan mengenai isu kepentingan strategik serta meningkatkan kerjasama dalam bidang latihan dan pengembangan doktrin tentera darat antara kedua-dua buah negara di samping mengukuhkan jalinan silaturahim.

Terdahulu, ketibaan Brig Gen Adel Hassan disambut oleh Pengarah Kolej Pegawai, Kol Meor Anas Meor Ahmad lalu beliau diberi penghormatan mengambil tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kuarter di Foyer TRADOC.

Dalam rangka lawatan ini, Komandan Akademi Tentera Darat (ATD), Brig Jen Abdul Karim Ahmad turut mengiringi delegasi Angkatan Tentera Qatar bagi meninjau kemudahan dan program latihan yang disediakan di ATD dan sekitar Kem Segenting termasuk Kompleks Sukan, Menara Abseiling, MK ATD, Blok Penginapan dan Wisma Pegawai Kadet.

Sesi lawatan diakhiri dengan jamuan makan, acara bergambar, penyampaian cenderahati dan menandatangani Buku Lawatan.

Gambar: LKpl Mohammad Fadzil Akirul

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online