Category: Trup TD

  • RGK Anjur Sambutan Jubli Intan Ke-60

    RGK Anjur Sambutan Jubli Intan Ke-60

    MELAKA: Bersempena Tahun Melawat Melaka, Rejimen Gerak Khas (RGK) mengadakan Sambutan Jubli Intan Ke-60 Fasa 2 bertemakan ”Jubli Intan Gerak Khas : Warisan Legasi Keberanian, Legasi Kegagahan” bertempat di Encore Pantai Klebang mulai 27 hingga 31 Dis 2025.

    Acara ini disemarakkan dengan pelbagai segmen menarik berkenaan aspek ketenteraan, Demonstrasi Kepakaran 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK), Hari Keluarga Gabungan dan Himpunan Veteren.

    Antara acara yang paling mencuri tumpuan para pengunjung adalah Pameran Statik Aset Ketenteraan, Demonstrasi Kombat GGK melibatkan 20 anggota Lain- Lain Pangkat (LLP) dari 21 GGK, pertunjukan aksi bermotorsikal Army Red Warior yang disertai oleh dua pegawai dan 43 anggota LLP dari Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) serta Demonstrasi Anjing Perang dari Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA).

    Sambutan pada kali ini diadakan secara terbuka yang turut menganjurkan lapan acara sukan dan cabaran bagi membuka peluang kepada masyarakat untuk merasai pengalaman unik sebagai seorang Pasukan Khas Tentera Darat dalam keadaan terkawal dan selamat.

    Objektif utama acara ini adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat berkenaan peranan, keupayaan serta tahap profesionalisme disamping Meningkatkan Hubungan Antara Tentera Darat dan Awam selaras dengan aspirasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam membina jalinan strategik bersama komuniti.

    Kerajaan Negeri Melaka turut menjadikan sambutan ini sebagai platform berskala besar yang bukan sahaja menonjolkan aspek ketenteraan malah turut merangkumi aspek pelancongan, kemasyarakatan dan pendidikan awam secara holistik.

    Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan serta rasa bangga kepada seluruh warga RGK yang sanggup bergadai nyawa serta berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan keamanan, kesejahteraan dan keselamatan negara.

    Jelasnya lagi, Kerajaan Melaka akan terus berdiri teguh bersama warga RGK khususnya ATM amnya dalam usaha menyokong memperkukuhkan kebajikan anggota serta keluarga disamping mengeratkan hubungan dengan masyarakat melalui pelaksanaan program berteraskan perpaduan dan semangat patriotisme.

    Turut hadir, Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Hj Mohd Ali Mohd Rustam, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dan Ketua Staf 21 GGK, Brig Jen Mohd Mursyadi Abdul Mutalib.

    Gambar: Kpl Mohammad Fadzil bin Akirul, LKpl Syfiqrullah Mazlan, Siti Noor Ainzulaikha Che Rahim dan Tamim Ansari Abd Kadir

  • ENAM DEKAD DARI KONFRONTASI KE KETUMBUKAN MODEN

    ENAM DEKAD DARI KONFRONTASI KE KETUMBUKAN MODEN

    JOHOR: Seramai 18 pegawai dan 178 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam perbarisan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Rejimen Gerak Khas Ke-60 bertempat di Markas 21 Grup Gerak Khas (21 GGK) pada 1 Ogos 2025.

    “Perjalanan selama enam dekad bukanlah satu masa yang singkat bagi GGK tetapi ianya tempoh masa yang penuh dengan perjuangan, pengorbanan, cabaran serta kejayaan”, jelas Panglima 21 GGK, Mej Jen Ahmad Shuhaimi Wajab dalam perbarisan yang melibatkan lima detasmen diketuai oleh Pegawai Pemerintah Rejimen 22 Komando (Rej 22 Kdo), Kol Mohd Nizam Moladi.

    “Bermula dari sebuah pasukan kecil yang menentang konfrontasi dan insurgensi sehingga menjadi satu ketumbukan moden yang canggih yang mampu beroperasi di semua domain iaitu Darat, Laut, Udara serta Ruang Siber.

    “Legasi dan pencapaian gemilang generasi yang terdahulu telah membina tradisi kecemerlangan yang telah diwarisi hingga ke hari ini. Namun demikian kebergantungan kepada kejayaan-kejayaan silam akan membatasi kita daripada melakukan anjakan radikal.

    “Perubahan minda dan keluar daripada kerangka pemikiran legasi bagi membina angkatan masa hadapan yang lebih unggul, ingatlah peribahasa, sekali air bah, sekali pantai berubah bahawa perubahan adalah satu kepastian yang tidak dapat dihalang. Beliau berkata demikian ketika menyaksikan perbarisan pada hari ini.

    Turut Hadir, Ketua Staf Am Markas 21 GGK dan Brig Jen Samsyawal Muhamad, Ketua Staf Perkhidmatan, Brig Jen Mohd Musyadi Abdul Mutalib.

    Gambar : LKpl Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein dan Pbt Raja Khairul Husaini Raja Roslan

    slot gacor hari ini

    kampung bet

  • Perbarisan Perintah Ulung Panglima 21 GGK

    Perbarisan Perintah Ulung Panglima 21 GGK

    PERBARISAN PERINTAH ULUNG PANGLIMA 21 GGK

    JOHOR: Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK), Mej Jen Ahmad Suhaimi Mat Wajab menyempurnakan Perbarisan Perutusan Perintah Ulung Panglima 21 GGK ke-17 bertempat di Compas Swing Kem Iskandar pada 13 Feb 2025.

    Terdahulu ketibaan beliau disambut oleh Ketua Staf (KS) Am Markas 21 GGK (Mk 21 GGK), Brig Jen Samsyawal Muhamad sebelum diteruskan dengan Perutusan Perintah Panglima 21 GGK.

    Panglima 21 GGK menggariskan lima teras utama iaitu Pemimpin yang Berkarakter, Kesiagaan yang Holistik, Latihan yang Efektif, Pengurusan Logistik yang Komprehensif dan Kebajikan Warga yang Sejahtera.

    Perbarisan ini merupakan perbarisan tempur terdiri daripada semua Rejimen Gerak Khas yang berada di bawah naungan Mk 21 GGK, diketuai oleh Pegawai Memerintah 11 RGK, Kol Ahmad Huzaini Zainudin dan diakhiri dengan acara bergambar serta jamaun makan.

    Turut hadir, Pegawai MKS Perkhidmatan 21 GGK, Brig Jen Mohd Musyadi Abdul Mutalib, Merintah/Pemerintah dan Pegawai Kanan 21 GGK.

    Gambar: Pbt Syfiqrullah Mazlan

    situs gacor hari ini

    slot 4d

    situs gacor hari ini

    situs slot gacor

    toto slot

    toto slot

    toto slot

    toto slot

    situs toto

    link slot gacor

    slot gacor

  • Peralihan Kepimpinan 10 Bgd (Para)

    Peralihan Kepimpinan 10 Bgd (Para)

    MELAKA: Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan menyaksikan Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima 10 Briged (Para) di Dataran Parawood, Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja (8 RRD) (Para) pada 5 Feb 2025.

    Dalam majlis ini, Mej Jen Dato’ Khairul Azmizal Ahmad Natal secara rasminya menyerahkan tampuk kepimpianan dan tanggungjawab sebagai Panglima 10 Bgd kepada penggantinya, Brig Jen Khairul Anwar Soib yang disempurnakan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas serta penyerahan Tongkat Kuasa.

    Mej Jen Dato’ Khairul Azmizal Ahmad Natal akan meneruskan khidmatnya dalam angkatan tentera dengan menjawat jawatan sebagai Panglima Divisyen Keempat Infantri Malaysia (4 Div).

    Dalam ucapannya, beliau menzahirkan rasa bangga kepada warga 10 Bgd (Para) yang sentiasa mempamerkan nilai Higher Fighting Spirit dalam apa jua yang dilakukan tidak kira dari segi pertempuran, latihan, pertandingan sukan, operasi mahupun audit.

    “Sepanjang tujuh tahun memegang tampuk pemerintahan, pencapaian briged ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa sikap dedikasi, disiplin dan integriti setiap anggota.

    “Selain itu, slogan Strong Arms Big Heart yang sering diungkapkan bukan sahaja merujuk kepada keupayaan fizikal dan kemahiran tempur yang tinggi, tetapi juga mencerminkan sikap rendah diri dan hormat-menghormati sesama rakan seperjuangan.

    “Kesiagaan yang tinggi harus dikekalkan agar setiap anggota sentiasa bersedia untuk diaturgerakkan bagi mencapai misi yang diberikan,” jelas mantan Panglima 10 Bgd (Para).

    Tambahnya lagi, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga 10 Bgd (Para) dan berharap agar terus membulatkan tekad untuk menjadikan briged ini unggul, cemerlang serta disegani kawan dan lawan.

    Sempena Serah Terima Tugas ini, turut diadakan demonstrasi keupayaan tempur 10 Bgd (Para) terdiri daripada demonstrasi menara serbaguna, pertahanan udara artileri dan serangan seksyen yang mempamerkan ketangkasan, kesiapsiagaan serta kecekapan anggota dalam pelbagai senario pertempuran.

    Acara diakhiri dengan Street Lining oleh semua peringkat pegawai dan anggota yang hadir sebagai tanda penghormatan ke atas mantan Panglima 10 Bgd (Para).

    Gambar: LKpl Muhammad Nor Akram Halib, Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir & Pbt Nanatasha Ngadan

    situs gacor hari ini

    slot 4d

    situs gacor hari ini

    situs slot gacor

    toto slot

    toto slot

    toto slot

    toto slot

    situs toto

    link slot gacor

    slot gacor

  • Reunion Night 10 Bgd (Para)

    Reunion Night 10 Bgd (Para)

    MELAKA: Sambutan Reunion Night sempena Hari Ulang Tahun (HUT) Briged Ke-10 (Para) diadakan dengan penuh meriah di Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) (9 RAMD (Para)) pada 30 Nov 2024.

    Majlis ini bertujuan memperingati sejarah penubuhan briged serta memperkukuhkan ikatan silaturahim antara anggota, keluarga dan veteran yang telah lama terjalin.

    Tepukan gemuruh menggegarkan suasana saat Tarian Perang 10 Bgd (Para) dipersembahkan sekaligus membawa kembali warisan dan budaya ketenteraan yang kaya dengan sejarah perjuangan.

    Dalam ucapan aluan Panglima 10 Bgd (Para), Mej Jen Dato’ Khairul Azmizal Ahmad Natal menekankan pentingnya kekuatan fizikal dan mental yang luar biasa bagi setiap anggota di samping turut memberi penghargaan kepada semua veteran yang pernah menyumbang kepada kegemilangan briged.

    Majlis diteruskan dengan Penganugerahan Sayap Penerjunan Kanan yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan kepada 23 penerima terpilih yang telah memenuhi syarat dan menunjukkan kecekapan luar biasa dalam latihan serta operasi penerjunan.

    Seterusnya, PTD turut menyempurnakan Anugerah Paratrooper of the Year 2024 kepada LKpl Muhammad Haziq Aiman Hassan dari 9 RAMD (Para) yang menunjukkan prestasi cemerlang dan keperibadian unggul yang ditonjolkan sepanjang tahun ini.

    Sambutan gilang-gemilang diserikan dengan upacara pemotongan pulut kuning sebagai tanda simbolik sambutan HUT.

    Dalam ucapan PTD, beliau yakin dengan komitmen dan dedikasi tinggi setiap anggota briged ini mampu kekal relevan, kredibel dan efektif dalam semua aspek operasi.

    “Tema sambutan kali ini, ‘Strong Arms, Big Heart’ membawa mesej yang sangat bermakna yang bukan sekadar menggambarkan kekuatan fizikal tetapi juga kekuatan dalaman dan jiwa yang menjadi tunjang kepada kejayaan selama ini,” ujar beliau.

    Tambah PTD lagi, beliau menekankan bahawa sambutan ini bukan sekadar perayaan tetapi satu peluang untuk kita memperkukuh kebajikan anggota, keluarga, dan veteran.

    “Inisiatif seperti ini perlu diteruskan kerana ia mencerminkan semangat kekeluargaan dan kebersamaan dalam ketumbukan kita,” jelasnya.

    Sejurus tamat perbarisan, majlis diteruskan dengan jamuan makan malam yang mana PTD turut menyampaikan sumbangan kebajikan kepada keluarga anggota yang memerlukan dan diikuti pemberian hadiah Khemah Terbaik yang dimenangi oleh 17 RAMD (Para).

    Suasana penuh kemeriahan diakhiri dengan pertunjukan bunga api yang menerangi langit malam.

    Reunion Night ini bukan sekadar sambutan ulang tahun tetapi menjadi simbol warisan keberanian dan kekuatan yang terus subur dalam jiwa setiap anggota 10 Bgd (Para).

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan.

    Gambar: Pbt Nanatasha Ngadan & Pbt Muhammad Amir Hamzah

  • Lawatan Ulung PTD Ke MK 21 GGK

    Lawatan Ulung PTD Ke MK 21 GGK

    JOHOR: Panglima Tentera Darat (PTD) Ke-29, Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman mengadakan Lawatan Ulung ke Markas 21 Gerup Gerak Khas (MK 21 GGK) pada 14 Apr 2023 sempena beliau mengambil alih tampuk pemerintahan tertinggi Tentera Darat (TD).

    Ketibaan beliau disambut dengan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) sebelum diiring oleh Panglima 21 GGK, Mej Jen Nubli Hj Hashim untuk sesi penyampaian taklimat formasi di Dewan Panglima MK 21 GGK.

    Lawatan kemudian diteruskan dengan penyampaian sumbangan kebajikan melibatkan enam orang penerima terdiri daripada warga 21 GGK yang mengalami masalah kesihatan kronik.

    PTD mengakhiri lawatan dengan penyampaian cenderahati, menandatangi Buku Lawatan dan lawatan ke tapak projek.

    Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul & Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir

  • Majlis Khatam Al-Quran Peringkat TD Tahun 2023

    Majlis Khatam Al-Quran Peringkat TD Tahun 2023

    JOHOR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman dan isteri, Datin Seri Ramlah Dawi menyempurnakan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Tentera Darat (TD) Tahun 2023 anjuran 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) di Masjid Iskandar pada 13 Apr 2023.

    Majlis diteruskan dengan PTD menyampaikan cenderahati program Tadarus Al-Quran kepada 70 peserta daripada tujuh formasi yang diiringi oleh Panglima 21 GGK, Mej Jen Nubli Hj Hashim dan diteruskan dengan Majlis Berbuka Puasa serta solat maghrib berjemaah.

    Turut hadir, pegawai-pegawai kanan TD.

    Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul & Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir

  • Perbarisan Tempur Sempena Hari ATM Ke-89

    Perbarisan Tempur Sempena Hari ATM Ke-89

    PAHANG: Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-89 Tahun 2022 bertemakan ‘Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama’ disambut meriah dengan mengalu-alukan kehadiran masyarakat awam bagi menyaksikan perbarisan, persembahan aset udara dan pameran ketenteraan berbanding tahun sebelumnya yang dilaksanakan secara tertutup susulan daripada kekangan Prosedur Operasi Standard (SOP) akibat penularan COVID-19.

    “Ketangkasan dan kemahiran yang dipamerkan oleh anggota ketiga-tiga cabang perkhidmatan dalam persembahan demonstrasi keupayaan aset membuktikan kredibiliti ATM walaupun berdepan cabaran dari segi kecanggihan teknologi terkini.

    “Ketidaktentuan keadaan landskap keselamatan geostrategik serta geopolitik serantau dan global memungkinkan pelbagai ancaman baharu seperti Peperangan Hibrid sebagaimana berlaku di Ukraine, yang boleh mengakibatkan kemusnahan kepada kedaulatan sesebuah negara.

    “Justeru, semua warga ATM hendaklah memperkukuhkan konsep kebersamaan bagi mengukuhkan daya tahan angkatan dengan merealisasikan empat keutamaan yang dinyatakan dalam Perintah Ulung saya iaitu Memperkasakan Kesiagaan ATM, Memperkasakan Warga ATM yang Cemerlang, Mengukuhkan Keupayaan ATM dalam Domain Siber dan Menterjemahkan Kertas Putih Pertahanan”.

    Demikian sebahagian ucapan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM semasa menyempurnakan Perbarisan Tempur dan Demonstrasi Aset ATM Sempena Hari ATM Ke-89 bertempat di Pangkalan Udara Kuantan pada 26 Sep 2022.

    PAT menekankan bahawa Buku Strategi Ketenteraan Negara 2.0 (SKN 2.0) dihasilkan bagi mendukung aspirasi pertahanan negara dan menjelaskan perancangan strategi ketenteraan secara holistik agar ATM memperoleh kelebihan strategik dalam apa jua keadaan, mengaplikasikan opsyen ketenteraan berjulat luas (broad range military options) serta menjadi asas kepada pembangunan pertahanan nasional.

    Beliau turut menyatakan kebajikan warga dan veteran ATM serta ahli keluarga akan terus diberi perhatian serius oleh ketiga-tiga panglima perkhidmatan termasuk memanfaatkan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) dalam memastikan moral warga sentiasa berada pada tahap terbaik.

    Perbarisan Hari ATM Ke-89 pada tahun ini berkonsepkan statik dan demonstrasi seramai 1,469 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) melibatkan lapan detasmen yang terdiri daripada ketiga-tiga perkhidmatan diketuai oleh Lt Kol Ahmad Amir Shahidan TUDM dengan diiringi Pacaragam Gabungan ATM di bawah pimpinan Kapt Sabri Hamil TUDM.

    Keistimewaan sambutan pada tahun ini dimeriahkan dengan Demonstrasi Keupayaan Aset dan kompetensi Pasukan Khas ATM yang terdiri daripada Gerup Gerak Khas (GGK), Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan Pasukan Khas TUDM (PASKAU) serta simulasi serangan udara yang menonjolkan kemahiran dan kompetensi para Juruterbang ATM.

    Perbarisan turut menyaksikan penyampaian anugerah melibatkan Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara kepada mereka yang terlibat dalam Op DAULAT dan diikuti Anugerah Sijil Kepujian PAT, Anugerah Kesiagaan PAT serta Anugerah Inovasi ATM.

    Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan, pegawai-pegawai kanan ketiga-tiga perkhidmatan dan warga ATM.

    Gambar: Kapt Musyideen Ahmad Iskandar Shah, PW II Shamsul Zaidi Zolkoffly, LKpl Muhammad Nashriq Khairul Zaime, Pbt Mohammad Shukri Suhaimi, Pbt Mohammad Fadzil Akirul dan Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir

  • Delegasi Pasukan Khusus RTA Lawat 21 GGK

    Delegasi Pasukan Khusus RTA Lawat 21 GGK

     

    MELAKA: Commanding General of the Special Warfare Command (SWCOM) Royal Thai Army (RTA), Lt Gen Nuttawut Nakanakorn mengetuai Delegasi RTA melakukan lawatan ke 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK), Kem Sungai Udang Melaka pada 14 Sep 2022.

    Terdahulu, ketibaan Delegasi RTA disambut Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK), Mej Jen Ahmad Nubli Hj Hashim sebelum membuat pemeriksaan Kawalan Kuarter.

    Delegasi RTA seterusnya dibawa ke Rejimen 21 Komando (21 Kdo) sebelum bergerak ke Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) bagi mendengar taklimat lawatan.

    Kemudian Delegasi RTA diberi peluang menyaksikan demonstrasi teknik lompatan dan kaedah lipatan payung di Cawangan Payung Terjun dan Cawangan Pelipat Payung Terjun.

    Selain itu, Delegasi RTA turut dipertontonkan dengan demonstrasi tempur dari Cawangan Amfibi dan Cawangan Penyelia Abseiling, Repelling dan Penyelamat Udara (PARPU).

    Delegasi RTA turut berpeluang ke Betutu Laut bagi menyaksikan demonstrasi Close Quarter Combat (Tempur Jarak Dekat) dan Ronda Kumpulan Kecil (RKK) oleh Rejimen Ke-11 Gerup Gerak Khas (11 RGK) serta demonstrasi menyelamatkan tebusan oleh Skuadron Uniform 11 RGK di Blok Anggerik.

    Lawatan Delegasi RTA digempurkan lagi dengan demontrasi ketangkasan menembak serta berpeluang menyertai acara menembak Friendship Shooting sebagai acara penutup lawatan di Lapangsasar 25 Meter PULPAK.

    Turut hadir, Pengarah GGK, Brig Jen Fouzi Sulaiman, Komandan PULPAK, Kol Zulkinine Yunus, Pegawai Memerintah 11 RGK, Kol Samsyawal Muhamad, Pegawai Memerintah 21 Kdo, Kol Fazdil Hussin dan Pegawai Memerintah 22 Kdo, Kol Normin Mohd Sahar

    Gambar: PW II Shamsul Zaidi Zolkoffly dan Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir

  • TD Teguh Tingkatkan Moral Warga 21 GGK

    TD Teguh Tingkatkan Moral Warga 21 GGK

    JOHOR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain bersikap terbuka mendengar dan mengenal pasti permasalahan anggota bersabit aspek logistik, pentadbiran, kemudahan asas di kem serta perkara kebajikan untuk mengekalkan moral anggota 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) dalam melaksanakan tugas.

    “Saya menyeru kepada semua pegawai dan anggota supaya menggunakan saluran yang betul sekiranya menghadapi sebarang permasalahan, selain mempamerkan contoh teladan baik bagi mengekalkan imej positif 21 GGK dalam Tentera Darat (TD) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya,” ujar PTD.

    PTD berkata demikian semasa menyampaikan ucapan dalam Program Kesejahteraan Warga 21 GGK di Dewan Jenalik, Kem Iskandar pada 28 Ogos 2022.

    Terdahulu, PTD diiringi Panglima 21 GGK, Mej Jen Nubli Hj Hashim ke Dewan Skuadron Perahu Khas (SPK) bagi menyantuni dan menyampaikan sumbangan kebajikan kepada tiga penerima bantuan yang menghidap penyakit kronik.

    Penerima sumbangan didahului oleh Kpl Khairul Anwar Abd Rahman dari MK 21 GGK yang mengalami patah tulang belakang (L1) dan kedua-dua belah tumit kaki serta cedera pada ligamen siku tangan kanan akibat terjatuh dari bangunan semasa melakukan latihan penerjunan gaya Free Style pada 21 Nov 2012. Beliau masih menjalani rawatan Pakar Orthopedik secara berkala di 94 Hospital Angkatan Tentera (94 HAT), Kem Terendak.

    Penerima sumbangan kedua adalah isteri kepada Sjn Muhammad Hafizal Ismail dari pasukan 21 Kump Log GGK iaitu Puan Norida Mat Nasir yang menghidap penyakit Kanser Payudara (Tahap 3) pada 7 Dis 2021. Isteri anggota masih menjalani rawatan susulan berkala di Hospital Mersing setelah menjalani pembedahan buang payudara sebelah kiri pada 16 Ogos 2022.

    Penerima sumbangan terakhir ialah bekas anggota Rejimen Pertama Gerak Khas (1 RGK) iaitu Sjn Karim Tohkachil (Bersara) yang mengalami kecederaan pada bahagian kaki kanan akibat terpijak jerangkap samar musuh ketika melaksanakan operasi mencari dan menjejak pengganas komunis dalam Op SELAMAT SAWADEE pada tahun 1974.

    Kemudian, PTD melawat Tapak Projek Pembinaan Kolam Menyelam Tempur 21 GGK dan mendengar taklimat perkembangan projek yang disampaikan oleh Pegawai Staf 1 Logistik MK 21 GGK, Lt Kol Firdaus Ismail.

    Seterusnya, PTD berbesar hati meluangkan masa beramah mesra menyantuni warga 21 GGK dan menikmati jamuan di Dewan Jenalik sebelum mengakhiri program dengan upacara pertukaran cendera kenangan bersama Panglima 21 GGK.

    Program kebajikan seumpama ini sejajar dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung beliau iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga dan mendukung tema Hari Tentera Darat Ke-89: Kesejahteraan Keluarga TD Diutamakan, Kedaulatan Negara Terjamin.

    Turut hadir, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mej Jen Azhan Hj Md Othman.

    Gambar: PW II Shamsul Zaidi Zolkoffly dan Pbt Mohammad Fadzil Akirul

    #KesejahteraanWargaTD