KebajikanSemasa

Perbarisan Pemakaian Pangkat Perdana RSD Zon Sarawak

SARAWAK: Seramai lima pegawai dan 95 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Pemakaian Pangkat Perdana Rejimen Semboyan Diraja (RSD) Zon Sarawak di Padang Kawad pada 30 April 2018.

Acara yang julung kali diadakan ini serentak di Dataran Panglima Tentera Darat (PTD) dan Padang Kawad Kem Lok Kawi serta ditonton secara langsung oleh PTD, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim.

Terdahulu, Panglima 1 Div, Mej Jen Datuk Stephen Mundaw menerima tabik hormat dan membacakan perutusan PTD di mana dalam ucapan tersebut beliau mengucapkan tahniah kepada seorang pegawai dan 95 anggota LLP RSD yang telah dinaikkan pangkat pada hari ini.

Selesai perbarisan, acara diteruskan dengan jamuan ringan di Dataran Muara Tuang dan Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Operasi kepada tujuh pegawai dan 116 anggota LLP dari pasukan 11 RAMD dan 4 KAD.

Turut hadir, Ketua Pengarah dan Perancang Strategik, Bahagian Perancang Pertahanan Markas ATM mewakili Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Abdul Aziz Ahmad, Ketua Staf Am Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMT TD), Brig Jen Dato’ Hj Kamarol Fauzi Hj Mohd Said, Panglima 31 Bgd, Brig Jen Dato’ Hj Fadzil Tajudin, Veteran RSD dan ahli BAKAT 1 RSD.

Gambar: Pbt Muhammad Nawawi

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online