Bersama PemimpinSemasa

TATTOO TD 2015

NEGERI SEMBILAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan telah dipertonton Pertunjukan TATTO Perdana anjuran sepenuhnya Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (PL & DTD) yang dihadiri lebih 10,000 pengunjung membanjiri Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) pada 6 hingga 7 Nov 2015.

TATTOO Tentera (military tattoo) adalah nama yang diberikan kepada persembahan dram berkumpulan anggota tentera yang mempamerkan kemahiran mengendalikan instrumen muzik disamping membuat disiplin berkawad dan ianya jugs merupakan kesinambungan daripada pertunjukan yang telah dianjurkan pada tahun 2014.

Menteri Besar Negeri Sembilan, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada TDM kerana acara yang dianjurkan selama dua hari ini dilihat begitu gemilang serta berjaya menarik minat dan penyertaan rakyat di negeri ini hadir  menyaksikannya.

Persembahan tattoo yang menjadi simbol angkatan tentera pada hari ini telah berjaya menarik perhatian masyarakat dan kreativitinya telah menjadikan persembahan tattoo menjadi amat menarik dan akhirnya menjadi produk pelancongan tahunan di negeri ini”, ujar beliau.

Acara dimeriahkan lagi dengan Persembahan Tindakan Pantas 10 Bgd PARA, Pancaragam Pusat Kor Armor Diraja (KAD), Cawangan Serigala, Platun Gabungan Brass Band, Tambur Serunai dan Bag Pipe, Tempur Tanpa Senjata (TTS), Drumline, Army Red Warriors (ARW) dan Persembahan Kebudayaan Negeri Sembilan.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Dato’ Jaafar Mohd Yunus, Pegawai-pegawai Kanan dan anggota tentera.

Gambar: Kapt Aminin Hafizhin Minhad

[box type=”info” align=”” class=”” width=””]Gambar-gambar di sekitar TATTOO TD 2015 di Galeri Foto[/box]

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online