Semasa

Skim Bantuan Persekolahan TYAP RSD Jaga Kebajikan Anggota

SARAWAK: Ketua Skuadron 3 Skuadron Semboyan Diraja (3 SSD), Mej Mohd Firdaus Desa menyerahkan wang tunai berjumlah RM450.00 kepada Kpl Johrlin Kagis dalam Majlis Penyerahan Skim Bantuan Persekolahan Tabung Yayasan Amanah Pelajaran (TYAP) Rejimen Semboyan Diraja (RSD) di Kompleks PERNAMA Penrissen pada 27 Dis 2017.

Skim bantuan ini sebagai usaha meringankan beban beliau bagi membiayai perbelanjaan tiga orang anaknya yang akan memulakan sesi persekolahan tidak lama lagi.

Dalam ucapan Ketua Skuadron, beliau menzahirkan ucapan penghargaan kepada RSD atas inisiatif menubuhkan Tabung Yayasan Amanah Pelajaran (TYAP) yang membuktikan teras kebajikan anggota tentera sentiasa diberi perhatian.

Di samping itu, beliau turut memuji dan berterima kasih atas usaha pihak PERNAMA meluaskan promosi jualan Back to School hingga ke Sarawak yang menawarkan pakaian sekolah berkualiti pada harga yang rendah.

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online