Semasa

6 RS Bantu PERYATIM Sibu

SARAWAK: Batalion Keenam Rejimen Sempadan (6 RS) dan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) pasukan melakukan Program Lawatan serta sumbangan kepada Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (PERYATIM) Cawangan Sibu pada 25 Feb 2018.

Pelbagai barangan sumbangan diberikan kepada pihak PERYATIM antaranya ialah pakaian, buku dan makanan yang diperoleh daripada sumbangan pegawai, anggota dan ahli BAKAT 6 RS.

Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Pengerusi BAKAT Pasukan, Wan Hasmah Wan Awang kepada Pengerusi Exco PERYATIM Cawangan Sibu, Dato Hj Mohamad Yusnar Hj Matalie.

Objektif program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan masyarakat setempat dan hasrat Pegawai Memerintah, Lt Kol Werar Suleiman Hj Ali adalah untuk menjadikan PERYATIM Cawangan Sibu sebagai salah satu lokasi Projek Jiwa Murni Pasukan Tahun 2018.

Gambar: Pbt Muhammad Amirul Hakimi Mohd Lotpi

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online