Bersama PemimpinSemasa

Sjn Muhd Firuz Azizan Jaguh UKM TD 2019

MELAKA: Sjn Muhd Firuz Azizan dari 10 Bgd (Para) dinobatkan Jaguh Ujian Kemahiran Menembak Tentera Darat (UKM TD) Tahun 2019 dalam Majlis Penutup UKM TD 2019 disempurnakan Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi di Dataran Lapang Sasar 400 meter Terendak pada 15 Jul 2019.

Beliau yang terdahulu berpangkat Kpl telah dinaikkan ke pangkat Sjn oleh PTD selepas dinobatkan jaguh UKM TD 2019.

Seramai 85 pegawai dan 653 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari 10 formasi dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) terlibat dalam pertandingan yang diadakan dari 10 hingga 15 Jul 2019 di mana 10 Bgd (Para) muncul sebagai Johan Keseluruhan Formasi UKM TD 2019.

UKM TD merupakan acara pertandingan menembak tahunan yang melibatkan formasi-formasi dalam TDM bertujuan untuk menilai kemampuan dan tahap kemahiran individu anggota tentera dalam aspek pengendalian senjata.

Acara ini juga adalah platform terbaik untuk menilai kemahiran dan kecekapan warga TD hasil dari latihan yang dijalankan sama ada di peringkat pasukan mahupun formasi dan ianya sejajar dengan hasrat Kepimpinan Tertinggi TDM yang menekankan bahawa 2019 adalah Tahun Latihan dan Penjajaran.

Selain itu, acara ini juga merupakan medan terbaik untuk TDM melahirkan jaguh-jaguh menembak yang bakal membawa cabaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti mewakili TDM dalam Pertandingan ASEAN Armies Rifle Meet (AARM).

UKM TD 2019 melibatkan pelbagai acara seperti Menembak Lorong Hutan, Pistol, Raifal Lelaki dan Wanita, Jatuh Piring, Tim Mesingan Kegunaan Am, Tim Mesingan Ringan, Serangan Seksyen dan Novelti Pegawai Kanan.

Dalam ucapan penutup, PTD menegaskan bahawa UKM TD adalah penanda aras untuk menilai kecekapan, penumpuan serta pengendalian senjata dalam menjadikan Tahun Latihan dan Penjajaran ini sebagai pemangkin ke arah mencapai sasaran tersebut supaya dapat memperkasakan lagi daya tempur dan tahap kesiagaan TD.

“Pertandingan ini bukan sekadar bertujuan mencungkil bakat baharu , kita juga perlu memperamati apa jua kelemahan dan kekurangan. Selari dengan itu, saya mahukan tindakan susulan diambil ke atas perkara-perkara seperti terdapat peserta yang masih gagal mengaplikasikan prinsip-prinsip kejaguhan, oleh itu tentukan pendekatan latihan mengikut prosedur dan arahan sedia ada,” tegas PTD.

Beliau turut berpesan agar setiap peserta perlu memiliki tahap kecergasan mental dan fizikal yang tinggi dan individu haruslah meningkatkan tahap kecergasan stamina masing-masing serta kemampuan mengawal emosi dan mental semasa pertandingan adalah antara faktor kejayaan.

Di akhir majlis, penonton dikejutkan dengan satu kejutan apabila kenderaan Supacat milik 10 Bgd (Para) yang membawa pulut kuning meluncur laju memasuki Dataran Lapang Sasar Terendak untuk meraikan Hari Ulang Tahun Kor Perkhidmatan Diraja (KPD), Kor Ordnans Diraja (KOD) dan Kor Jurutera Letrik Jentera Diraja (KJLJD) yang ke-62.

Sebagai tanda penghormatan, Pengerusi KJLJD, Mej Jen Dato’ Hanafiah Jaafar, Pengerusi KOD, Brig Jen Muhammad Ariff Soo Abdullah dan wakil Pengerusi KPD, Brig Jen Meor Shuhaili Mohd Ramli diberi penghargaan menaiki kenderaan Supacat untuk acara memotong kek pulut kuning bersama PTD.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Datuk Wira Zamrose Mohd Zain, Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman dan Pegawai Kanan TD.

Gambar: Kpl Ainur Aisyah Yahaya dan Saifun Hakimi Zainon

Artikel Berkaitan

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online