SemasaTrup TD

MMR Wisma Perwira 10 Bgd Para

MELAKA: Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) Wisma Perwira10 Bgd (Para) telah dilaksanakan bersempena meraikan pegawai bertukar keluar dan masuk di Hotel Holiday In Melaka dengan penglibatan 120 pegawai pada 5 Jan 2018.

Majlis MMR bukan sahaja mampu bagi mengekalkan tradisi serta nilai rejimental di Bgd ini, ianya sekaligus dapat memberi pendedahan kepada Pegawai Muda di dalam aspek perancangan, pengurusan dan penglibatan terus dalam menganjurkan acara ini.

Majlis meraikan 12 pegawai yang bertukar keluar dan 13 pegawai yang bertukar masuk.

Di dalam ucapannya, Panglima 10 Bgd (Para), Brig Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa yang telah berusaha sehingga majlis MMR ini dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya.

Beliau juga menyeru agar tahap profesionalisme semua warganya sentiasa dikekalkan dan dipelihara, sesuai dengan peranan, sebagai tulang belakang kepada pasukan dan organisasi.

Gambar: Sjn Shahrul Nizam

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online