Bersama PemimpinSemasa

Sambutan Maal Hijrah Peringkat TD 2020

KUALA LUMPUR: Tentera Darat (TD) telah mengadakan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1442H yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain di Dewan Zulkifeli Zain, Wisma Perwira TD pada 24 Ogos 2020.

Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah disusuli tahlil ringkas dan Ceramah Khas bertajuk Maal Hijrah, Di Mana Kita yang disampaikan oleh Penceramah Bebas lulusan Universiti Al-Azhar Mesir, Zulkifli Ahmad.

Majlis diteruskan dengan Solat Isya’ dan diakhiri dengan jamuan makan.

Majlis ini dilaksanakan mengikut panduan serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang mana setiap tetamu memakai pelitup muka, menjalani saringan suhu serta melakukan penjarakkan fizikal.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Hasagaya Abdullah dan Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online