Bersama PemimpinKebajikanMINDEFSemasa

Lawatan Kerja Menteri Kanan Pertahanan Ke Kem Batu Kentonmen

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob melaksanakan Lawatan Kerja bagi menjaga kebajikan anggota serta meninjau keadaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Kem Batu Kentonmen pada 26 Ogos 2020.

Sebaik ketibaan, beliau disambut oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain bagi mengiringi sepanjang lawatan kebajikan ke atas keluarga anggota 91 Depot Pusat Kor Ordnans Diraja, Sjn Noor Adini Ismail yang mempunyai anak berusia dua tahun, menghidap sakit Leukimia dan Down Syndrom.

Kemudian, Menteri Kanan Pertahanan turut meninjau lokasi RKAT di Kem Batu Kentonmen yang sedang dalam proses baikpulih pembinaan semula RKAT.

Sepanjang lawatan berlangsung, Pegawai Memerintah 91 Depot Pusat Ordnans (DPO), Kol Hj Mohd Athiyah Hj Hasan telah memberi taklimat secara terperinci kepada Menteri Kanan Pertahanan.

Seterusnya, beliau juga berkesempatan berkunjung ke RKAT Ampat Tin bagi melawat anak perempuan kepada Kpl Mohamad Atriq Azmin Maula Afandy Azman iaitu Nur Syafiqah Qalesya berusia 10 tahun, yang menghidap sakit paru-paru kronik.

Secara keseluruhannya, Lawatan Kerja ini bertujuan untuk melihat keadaan rumah dan mendengar permasalahan yang dialami oleh anggota tentera khususnya di Kem Batu Kentonmen.

Turut hadir, Panglima Logistik Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Md Fuad Abd Jalil dan Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan, Mej Jen Dato’ Ahmad Tajuddin Abdul Ghani serta Pegawai Kanan TD.

Gambar: Saifun Hakimi Zainon

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online