Semasa

18 RAMD (Para) Sambut Maulidur Rasul Bersama Komuniti Setempat

TERENGGANU: Seramai 150 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat 18 RAMD (Para) serta 250 orang penduduk setempat telah menyertai Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada 12 Dis 2017 di Surau An Nur, Kg Telaga Daing, Kuala Nerus.

Pengisian aktiviti program adalah acara gotong royong membersihkan kawasan Surau, acara Perarakan dari Kem Sri Pantai ke Surau An Nur, Ceramah dan jamuan makan bersama penduduk setempat.

Selain daripada memperingati bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW, penganjuran ini juga sebagai salah satu medium bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan ukuwah di antara 18 RAMD (Para) dengan penduduk setempat yg sedia terjalin.

Di majlis ini, Profesor Madya Dr Sudirman Abdul Fatah, Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti College Bestari, Setiu Terengganu telah menyampaikan ceramah bertajuk Kepimpinan Rasulullah S.A.W .

Turut hadir, Datuk Dr Abdullah Abu Bakar, Pengerusi Surau An Nur dan Tuan Haji Ramli Muda, Pengerusi JKKK Kampung Telaga Daing.

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online