Semasa

Majlis Doa Selamat Panglima 12 Bgd

KUALA LUMPUR: Seramai 200 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari unit bawah naungan 12 Bgd hadir bagi menjayakan Majlis Tahlil dan Doa Selamat sempena mengambil alih tugas Panglima 12 Briged, Brig Jen Abd Malik Jiran yang baharu di Masjid Muhammad Al-Fateh pada 5 Dis 2017.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin, tahlil, doa selamat dan Solat Zohor berjemaah serta diakhiri dengan bacaan Al-Quran bersama terjemahan yang di pimpin PS 2 Agama 12 Bgd, Mej Jamal Nasir Ahmad.

Secara tidak langsungnya program tersebut mendapat keberkatan dari Allah SWT agar 12 Bgd terus diberkati dan dirahmati dalam menggalas segala amanah yang dipertanggungjawabkan.

Brig Jen Abd Malik Jiran mengambil alih tugas sebagai Panglima 12 Briged yang baharu bermula 24 Nov 17 yang lalu.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online