3 DivBersama PemimpinSemasa

Pelancaran Syed Sirajudin Camp Cycling Club

NEGERI SEMBILAN: Seramai 10 pegawai dan 33 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terdiri dari unit-unit di dalam Kem Syed Sirajudin, Gemas telah menyertai kelab berbasikal yang diberi nama Syed Sirajudin Camp Cycling Camp umerupakan inisiatif dan cetusan ilham Pengarah Pusat Olah Perang Tentera Darat (POPTD), Kol Abdul Razak Hussain pada 14 Mac 2018.

Sempena lawatan Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah ke Kem Syed Sirajudin, beliau turut merasmikan penubuhan kelab ini.

Kelab ini antara lain bertujuan memupuk budaya dan amalan hidup sihat di dalam kalangan anggota tentera selain itu, menjadi wadah mengeratkan lagi silaturrahim sesama anggota secara santai dan riadah.

Turut hadir Pemerintah Garison Gemas, Kol Hj Che Manan Saat dan Pegawai Memerintah Hospital Tentera Darat Gemas, Kol (Dr) Rosli Kolob.

Gambar: Kpl Mohd Hafiz Hamzah

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online