Bersama PemimpinSemasa

Majlis Amanat Pegawai Pengawal Dan Penganugerahan PTJ Terbaik 2019

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan Malaysia, Datuk Muez Abd Aziz menyempurnakan Majlis Amanat Pegawai Pengawal Dan Penganugerahan Pusat Tanggungjawab (PTJ) Terbaik 2019 Kementerian Pertahanan bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 16 Jul 2020.

Majlis ini merupakan wadah bagi Pegawai Pengawal Kementerian Pertahanan dalam menyampaikan amanat berkaitan dengan Pengurusan dan Prestasi Perbelanjaan Tahun 2020 serta turut menghargai Pencapaian Cemerlang PTJ dalam Melaksanakan Pengurusan Kewangan dan Perolehan tahun 2019 melalui Penyampaian Anugerah PTJ Terbaik.

Acara diteruskan dengan sesi Penyampaian Anugerah PTJ Terbaik 2019 bagi kategori Kluster sangat Kecil, Kecil dan Sederhana disampaikan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM.

Anugerah Kluster sangat Kecil diberikan kepada Institut Kejuruteraan Medan Tentera Darat serta Pusat Latihan Tempur Tentera Darat.

Seterusnya, penerima bagi kategori Kluster Kecil ditujukan kepada Akademi Tentera Darat dan MK 5 Div manakala, bagi kategori Kluster Sederhana dianugerahkan kepada MK 2 Div, Markas 10 Bgd (Para) dan yang terakhir diberikan kepada MK 2 Bgd.

Penyampaian anugerah seterusnya ialah Anugerah PTJ Terbaik 2019 Kluster Besar, Mega dan PTJ Keseluruhan Terbaik disampaikan oleh KSU dimana Anugerah Kluster Besar telah dianugerahkan kepada MK 3 Div dan bagi Anugerah Penerima PTJ Terbaik Keseluruhan Kementerian Pertahanan bagi Tahun 2019 telah dianugerahkan kepada MK 2 Div.

Turut hadir Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany, Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Ackbal Hj Abdul Samad TUDM dan Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah.

Gambar: Kpl Ainur Aisyah Yahaya dan Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online