Semasa

Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Sukarela Dan Tauliah Kehormat AW

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain menyempurnakan Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Sukarela, Tauliah Kehormat Askar Wataniah (AW) dan Pelancaran Pelan Strategik Hala Tuju AW di Wisma Perwira Tentera Darat (TD) pada 20 Jan 2021.

Acara dimulakan dengan Penganugerahan Pangkat Kol Angkatan Sukarela Persekutuan yang didahului Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Wan Ahmad Uzir Hj Wan Sulaiman dilantik sebagai Komander Rejimen 515 AW, diikuti Penganugerahan Tauliah Kol Kehormat yang dianugerahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad, Rani Hisham Samsudin dilantik sebagai Komander 50 Rejimen Pakar Keretapi Rejimen Askar Jurutera Diraja AW.

Kemudian, seramai dua pegawai dinaikkan pangkat ke Lt Kol iaitu Mej Mohd Paidzil Paijau menjawat jawatan sebagai Pegawai Memerintah Batalion Kedua Rejimen 502 AW dan Mej Rashid Mat Yasin menjawat jawatan sebagai Pegawai Memerintah Batalion Kedua Rejimen 506 AW manakala seramai 20 pegawai awam ditauliahkan Mej Kehormat dalam Angkatan Sukarela Persekutuan dan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah.

Sejurus selesai pemakaian pangkat, PTD dipertontonkan tayangan video montaj berdurasi selama enam minit berkenaan Pelancaran Pelan Strategik Hala Tuju AW.

Seterusnya, PTD menyempurnakan Pelancaran Pelan Strategik Hala Tuju AW secara gimik dengan memasukkan pisau bayonet ke dalam tempat kotak pelancaran sebagai simbolik perasmian sebelum mengakhiri majlis dengan penyerahan Buku Plan Strategik Hala Tuju AW kepada Pengarah-Pengarah Kor.

Turut hadir, Pemangku Panglima Medan Barat Tentera Darat merangkap Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Hj Ya’acob Hj Samiran, Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan, Mej Jen Rasihidin Hashimi Ab Rashid, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi dan Pemangku Asistan Panglima Pasukan Simpanan, Brig Jen Padman K.P Bhaskaran.

Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button