Bersama PemimpinSemasa

Perutusan PAT Tahun 2022

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM menyampaikan Perutusan Tahun Baru 2022 di Auditorium, Kementerian Pertahanan pada 24 Jan 2022.

PAT mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak kira di mana jua mereka berada agar tahun baharu 2022 membawa lebih banyak kebaikan kepada ATM supaya dapat mengekalkan keabsahannya sebagai Benteng Pertahanan Negara.

“Amnya, sepanjang tahun 2021, ATM telah meletakkan sepenuh usaha dalam menangani ancaman pandemik COVID-19 yang secara beransur pulih dan mula menampakkan keberhasilannya.

“Antara khidmat yang paling signifikan sepanjang pandemik COVID-19 adalah atur gerak hospital medan ketika sistem kesihatan negara hampir lumpuh serta kelancaran Program Vaksinasi Kebangsaan sehingga membolehkan inisiatif Program Pemulihan Negara dapat direalisasikan.

“Di sebalik tumpuan terhadap memenuhi tugas sekunder tersebut, ATM tetap meneruskan tugas-tugas utama dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan negara dilindungi daripada sebarang ancaman musuh termasuk tugas-tugas operasi serta kawalan dan aspek hubungan diplomasi pertahanan masih diteruskan.

“Saya optimis bahawa kedatangan tahun 2022 ini akan menjadi tahun pemulihan buat kita semua. Pemulihan yang dimaksudkan adalah memastikan aktiviti, tradisi dan legasi terdahulu dapat diteruskan setelah tergendala akibat ketidaktentuan akibat daripada penularan pandemik COVID-19.

PAT juga memberi penekanan terhadap Empat Teras Perintah Ulung PAT yang perlu diberi penekanan untuk memastikan prestasi dan kesiagaan ATM kekal cemerlang.

Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dan Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal Hj Abdul Samad TUDM.

Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button