PersonalitiSudut Inspirasi

Sjn Juliani Mohamad Din -Jaguh Hoki Peringkat Antarabangsa

Sjn Juliani Mohamad Din dilahirkan pada 23 Nov 1985 di Kota Belud, Sabah merupakan anak kelima daripada lapan orang adik-beradik. Semenjak di bangku sekolah, beliau amat menggemari bidang sukan. Stamina yang dimilikinya juga amat luar biasa. Kerana itulah beliau sering menjadi harapan dalam acara larian jarak jauh mewakili sekolahnya iaitu SK Kulambai dan SMK Usukan Kota Belud. Sehingga kini walaupun telah berumur 37 tahun, namun kecenderungan dalam bidang sukan masih lagi kekal tinggi seperti zaman remajanya. 

Semangat yang ditunjukkan telah menarik minat Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM) untuk mewawancaranya. Untuk lebih mengenali siapakah Juliani Mohamad Din, ikutilah wawancara khas BTDM, Sjn Nurulhaswani Ruzaini dan jurugambar, Pbt Mohammad Fadzil Akirul menemubualnya. Beliau telah membuktikan bahawa kesungguhan, tekad, usaha serta minat mendalam akan membuahkan hasil yang berbaloi. 

“Terima kasih atas sokongan dan dorongan terutamanya Tentera Darat (TD) kerana tidak menghalang saya untuk meneruskan impian sejak dari sekolah lagi. Pahit dan getir yang telah saya tempuhi sepanjang 20 tahun berkecimpung dalam sukan hoki terbayar juga akhirnya apabila berpeluang mencipta pelbagai kejayaan mewakili Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya dan Malaysia khasnya,” ujar Sjn Juliani memulakan bicara. 

Beliau menceritakan bahawa ketika berusia 13 tahun, beliau mula berkecimpung dalam bidang sukan hoki. Segalanya bermula semasa Juliani diserap oleh cikgunya bagi mewakili sekolah dalam sukan hoki setelah melihat potensi yang terdapat pada dirinya. Bermula daripada itu, beliau amat meminati sukan hoki. 

Namun, bapanya tidak menyokong dan membenarkan beliau untuk meneruskan latihan tersebut. Bapa Juliani mahukan anaknya memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran. Dalam masa yang sama, beliau bimbang akan keselamatan anaknya jika terbabit dalam sukan tersebut. Sukan hoki merupakan sukan yang agak lasak dan berisiko untuk mengalami kecederaan. 

Namun, ianya tidak membantutkan hasrat serta keinginan Juliani untuk meneruskan minat dan cita-citanya dalam sukan hoki. Beliau sanggup keluar rumah secara senyap dengan keluar melalui tingkap biliknya semata-mata hendak berlatih bermain hoki. 

Tetapi malang nasibnya apabila selesai menjalani latihan dan pulang ke rumah, ketika itulah Juliani ditangkap oleh bapanya. Bapanya agak kecewa, tetapi beliau berjanji untuk tidak akan mempersia-siakan pelajaran dan berjanji untuk membahagikan masa dengan adil di antara belajar dan bermain sukan. 

Selepas tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2003, beliau melebarkan sayap dengan berhijrah ke Pulau Pinang bagi bermain hoki mewakili negeri tersebut. Setahun kemudian, Juliani terpilih menyertai National Junior mewakili Malaysia selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) 2004 di Negeri Sembilan. 

Kemampuan Juliani mendapat perhatian Jurulatih Hoki ATM sehingga diberi tawaran untuk diserapkan ke dalam Rejimen Askar Wataniah pada tahun 2011 bagi mengembangkan kerjayanya. Rezekinya semakin bertambah setelah berjaya menamatkan latihan wataniah selama lima tahun dan diserap masuk ke pasukan Rejimen Semboyan Diraja (RSD) secara tetap. 

Walau bagaimanapun, beliau perlu menyertai beberapa latihan asas tentera seperti kawad kaki, menembak dan kursus bagi kenaikan pangkat dan gaji dalam tentera. Juliani amat bersyukur atas peluang yang diberikan kepadanya. Walaupun bergelar seorang pemain sukan namun beliau tidak pernah lupa bahawa dirinya kini adalah seorang anggota tentera. 

Menceritakan kenangan pahit sepanjang hidupnya adalah ketika ibu beliau menghembuskan nafas terakhir pada 4 Jan 2014 kerana menghidap penyakit

Kenangan Terindah Semasa Bermain Hoki 

Masih segar dalam ingatannya pada 21 Jan 2017 ketika Malaysia menjadi tuan rumah dalam pertandingan Liga Hoki Dunia Wanita Pusingan Kedua atau dikenali sebagai World League Round 2. Tim Juliani berjaya menumpaskan Itali sekaligus layak ke final buat pertama kalinya. Sikap tidak mudah mengalah Tim Hoki Wanita negara berjaya membawa pasukan melangkah ke pentas akhir di Stadium Hoki Tun Razak. 

Beliau berjaya membuktikan kepada bapanya bahawa kejayaan yang dicapai pada hari ini berkat usaha dan kerja kerasnya. Selain itu, doa dan restu daripada kedua ibu bapalah yang menjadikan beliau kuat untuk berjuang dan gigih berusaha mencapai kejayaan. 

Buat masa kini, Juliani yang mewakili Sabah sedang memberi tumpuan pada Kejohanan TNB Liga Hoki Malaysia (TNB MHL) 2022 dan akan menghadapi Kejohanan FIH Hoki Piala Dunia Remaja Wanita 2021 yang akan berlangsung mulai 1 hingga 12 Apr 2022 di Potchefstroom, Afrika Selatan. 

Selain itu, Juliani menerima anugerah Player of the Match kerana mempamerkan persembahan yang paling cemerlang ketika Malaysia menumpaskan Thailand 3-0 dalam perlawanan penentuan tempat kelima Kejohanan Hoki Piala Asia Wanita di Muscat, Oman pada 27 Jan 2022. 

Beliau yang mesra dengan panggilan Kak Lily sering ditanya oleh junior-juniornya berkenaan cara dan rahsia mengekalkan kecergasan tubuh badan. Menurut Juliani, penjagaan disiplin pemakanan amat penting iaitu kurangkan makanan berminyak dan elakkan minuman sejuk. Selain itu, pastikan waktu tidur yang cukup, kawalan pernafasan yang baik juga amat penting sekiranya ditugaskan untuk beraksi sepenuh masa dalam satu-satu perlawanan bagi mengelakkan cepat berasa letih. 

Juliani dan rakan seperjuangan yang pernah dijemput selaku pemain import untuk kelab Bremer HC di Jerman, mengakui walaupun seronok dengan pengalaman tersebut namun beliau akui mengalami sedikit kesukaran dalam mencari makanan halal dan yang bersesuaian selama menetap di sana. 

Ketika di Jerman, Juliani dapat menyesuaikan diri dan mempamerkan aksi cemerlang di barisan pertahanan menyebabkan beliau sentiasa terpilih membarisi kesebelasan utama Bremer HC. Selain itu, rakannya yang beraksi di posisi penyerang, Nuramirah Syakirah Zulkifli turut menjadi tonggak penting Bremer HC apabila menjaringkan gol terbanyak pada musim pertama Bundesliga 2 Jerman. 

Juliani yang berusia 37 tahun berhasrat untuk mencipta pelbagai rekod kejayaan bersama skuad hoki wanita negara sebelum bersara dalam tempoh beberapa tahun lagi. Sasaran beliau adalah mahu mencipta kejayaan dalam Sukan Asia 2022 yang akan berlangsung di Hangzhou, China mulai 10 hingga 25 Sep 2022. Untuk rekod, penampilan terbaik skuad hoki wanita dalam Sukan Asia adalah pada tahun 1982 apabila berjaya merangkul pingat Gangsa di India. Menurutnya adalah satu keajaiban sekiranya Malaysia berjaya bergelar juara hoki dalam Sukan Asia kerana terdapat pelbagai negara yang hebat dan kuat seperti Jepun, Korea, India dan China. Namun setiap impian adalah tidak mustahil sekiranya ia diiringi dengan semangat dan usaha yang gigih. 

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online