KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain menyaksikan acara Serah Terima Tugas Asisten Panglima Pasukan Simpanan (AP PS) di Dewan Sri Watan, Bahagian Pasukan Simpanan (BPS) Markas Tentera Darat 2 (MK TD 2) pada 17 Ogos 2022.
Majlis dimulakan dengan upacara menandatangani Nota Serah Terima Tugas di antara Mej Jen Dato’ Padman K.P. Bhaskaran dan Mej Jen Datuk Hamdan Hj Ismail selaku AP PS yang baharu.
Mantan AP PS, Mej Jen Dato’ Padman K.P Bhaskaran akan menjalani Latihan Peralihan sebelum menamatkan perkhidmatan dalam Tentera Darat.
Kemudian, majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Pengarah Agama MK TD, Kol Hasbullah Salleh sebelum diakhiri sesi acara bergambar dan jamuan di Sri Watan Lounge.
Upacara rejimental ini sejajar dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi.
Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman dan Ketua Staf Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi.