Bersama PemimpinKebajikanSemasa

Sumbangan Ramadan Sempena Iftar Peringkat TD

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan dan isteri, Puan Sri Datin Hartiah Hamzah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Peringkat Tentera Darat (TD) Tahun 2024M/1445H di Masjid Thoriq bin Ziyad, Kem Perdana Sg Besi pada 19 Mac 2024.

Majlis ini diadakan untuk meraikan bulan Ramadan yang penuh keberkatan bagi umat Islam selain sebagai platform mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan warga TD serta menguatkan semangat keagamaan dalam melaksanakan ibadah Ramadan.

Terdahulu, ketibaan PTD dan isteri di perkarangan masjid disambut oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim bersama para pegawai kanan TD, lalu diteruskan dengan acara berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah sebelum menikmati jamuan moreh.

Sempena majlis berbuka ini, PTD turut berkesempatan menyampaikan sumbangan Ihya Ramadan kepada tujuh formasi induk iaitu Markas Tentera Darat, Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (PMBTD), Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD), Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (PLDTD), Pemerintahan Logistik Tentera Darat, 21 Gerup Gerak Khas dan 10 Briged (Para) yang diperuntukkan sebanyak RM149,500.

Selain itu, majlis disemarakkan lagi dengan penyampaian sumbangan kebajikan kepada enam orang penerima terdiri daripada anggota dan ahli keluarga yang mempunyai masalah kesihatan kronik serta sumbangan kepada penuntut Sekolah Tahfiz Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia (STAY ATM).

Acara diakhiri dengan penyampaian cenderahati daripada Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Lt Jen Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi Sabri kepada PTD sebagai tanda penghargaan atas kehadiran dan sumbangannya dalam menjayakan majlis tersebut.

Turut hadir, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Lt Jen Dato’ Mohd Razali Alias, Ketua Staf MK ATM, Lt Jen Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan, mantan-mantan PTD dan pegawai-pegawai kanan TD.

Gambar: LKpl Mohammad Fadzil Akirul

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online