Semasa

KERIS STRIKE 2024 Pertama Kali Bina Hubungan Trilateral

SABAH: Eksesais KERIS STRIKE merupakan eksesais tahunan yang dilaksanakan secara bilateral di antara Tentera Darat (TD) dan United States Army Pacific (USARPAC) namun buat julung kalinya, eksesais ini dilaksanakan secara trilateral dengan penglibatan tambahan dari Tentera Darat Australia (TDA).

Seramai 2,388 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) TD, 617 pegawai dan anggota dari USARPAC serta 136 pegawai dan anggota TDA terlibat dalam eksesais yang dilaksanakan bermula pada 28 Jun hingga 11 Jul 2024.

Kelainan perlaksanaan eksesais buat pertama kalinya melibatkan pasukan-pasukan di bawah Pemerintahan Medan Timur dan diadakan di Borneo khususnya di Sabah bertujuan untuk memberi peluang serta pengalaman baru kepada peserta eksesais ketika beroperasi dalam keadaan muka bumi yang bergunung-ganang serta mencabar.

Terdahulu, Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan, Deputy Commanding General USARPAC, Lieutenant General James B Jarrad dan Commander of 1st Australian Division, Mejar General Ash Collingburn menyempurnakan acara Penutup Eksesais KERIS STRIKE Siri 29/24 yang diadakan di Pantai Sikuati, Kudat pada 11 Jul 2024.

Komponen utama yang terlibat di dalam eksesais melibatkan Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) bersama Briged Kelima Infantri Malaysia (5 bgd) sebagai pelaku utama, 25th Infantry Division USARPAC, Rifle Company Butterworth (RCB), Kompeni Udara dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta elemen dari 10 Bgd (PARA) sebagai Rapid Deployment Force (RDF).

Pelaksanaan latihan berkonsepkan Cross Training Exersice (CTX), Subject Matter Experties Exchange (SMEE), Staff Exercise (STAFFEX), Combined Arm Life Firing (CALFEX) dan Field Training Exercises (FTX) ini bertujuan bagi meningkatkan kepakaran dan pengetahuan kepada para peserta yang terlibat khususnya warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan TD khasnya melalui perlaksanaan eksesais di dalam Multi Domain Operation.

“Keseluruhannya eksesais KERIS STRIKE pada tahun ini telah mencapai objektif yang dikehendaki dan saya amat bangga dengan prestasi warga TD yang telah mempamerkan tahap profesionalisme yang dikehendaki dari aspek mental dan fizikal.

“Dengan kepesatan teknologi dan pertukaran persekitaran operasi yang sentiasa berubah, eksesais seumpama ini perlu diteruskan lagi pada masa akan datang sebagai platform untuk pegawai dan anggota TD berdaya saing serta mempunyai kepakaran setanding serta dapat menguasai pelbagai teknologi terkini,” jelas PTD.

Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMT TD), Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Panglima 5 Div, Mej Jen Datuk Malek Razak Sulaiman, Panglima 1 Div, Mej Jen Datuk Mohamed Fauzi Kamis, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia (AKS CSM), Mej Jen Dato’ Norsham Md Tap, Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan (AKS OPLAT), Mej Jen Dato’ Hj Semaon Hj Marjuki, Panglima 10 Bgd (PARA), Mej Jen Dato’ Khairul Azmizal Ahmad Natal, delegasi USARPAC dan TDA.

Gambar: Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online