KebajikanMK Latihan & DoktrinSemasa

MK PLDTD Serah Dana Kepada MyKasihCare

NEGERI SEMBILAN: Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Datuk Marzuki Hj Mokhtar menyempurnakan penyerahan cek sumbangan kepada Pertubuhan Ikhlas Al-Mawadah (MyKasihCare) bertempat di Port Dickson Golf and Country Club pada 11 Jul 2024.

Sumbangan bernilai RM 2,000.00 itu adalah hasil kerjasama dengan syarikat tempatan bersempena dengan Kejohanan Golf Masters yang dianjurkan oleh Divisyen Staf dan Taktik, Akademi Tentera Darat serta para penuntut Kursus Staf dan Taktik Gred 2 dan Gred 3 Siri 2/2024.

Bantuan yang disumbangkan dapat memberikan manfaat kepada pertubuhan kebajikan berkenaan dalam membantu memberikan penjagaan dan pendidikan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) serta anak-anak yatim di daerah Port Dickson.

Dalam majlis yang sama, turut diadakan Kejohanan Golf Masters yang disertai seramai 118 orang pegawai dari Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (MK PLDTD), ATD dan penuntut Kursus Staf dan Taktik Gred 2 dan Gred 3 Siri 2/2024.

Program ini selari dengan Teras Keempat Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-30 iaitu Gagasan Tentera dan Rakyat yang memberi penumpuan kepada kerjasama Tentera Darat dan pihak swasta untuk membantu masyarakat serta golongan yang memerlukan.

Turut hadir, Komandan ATD, Brig Jen Abdul Karim Ahmad.

Gambar: Pbt Nanatasha Ngadan

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online