Bersama PemimpinPenghargaanSemasaTrup TDTrup TD

PTD DIANUGERAHKAN BERET KEHORMAT PUTD

JOHOR: Panglima Tentera Darat (PTD) Ke-30, Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan dianugerahkan Beret Kehormat Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah PUTD, Brig Jen Mohd Zaki Abu bertempat di Rejimen 883 PUTD pada 29 Jul 2024.

Perbarisan ini melibatkan tiga detasmen dan diketuai oleh Pegawai Memerintah Tim Nukleus Rejimen 882 PUTD, Lt Kol Ahmad Hisyam Mohd Hedzir.

Seterusnya Penganugerahan Beret Kehormat kepada PTD dimana ianya merupakan pengiktirafan dan penghormatan kepada pemimpin tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya PTD selaku pemerintah tertinggi Tentera Darat Malaysia (TDM).

Dalam masa yang sama turut diadakan Pemakaian Sayap Penerbangan Juruterbang kepada lapan pegawai dan seorang Kuartermaster Udara TD.

Majlis kemudian diteruskan dengan acara menanam pokok dan lawatan ke bilik simulasi Flight Training Device (FTD) Pesawat MD530G.

Turut hadir, Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, Mej Jen Dato’ Indera Zahari Mohd Ariffin, Asisten Ketua Staf Cawangan Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Norsham Md Tap dan Panglima Briged Ketujuh Infantri Malaysia, Brig Jen Dato’ Mohamad Suria Mohamad Saad.

Gambar: LKpl Mohammad Fadzil Akirul & Lkpl Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online