Bersama PemimpinMINDEFSemasa

11 Pegawai Kanan TD Naik Pangkat

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan dan Mejar (Kehormat) Tentera Darat (TD) di Penthouse, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 27 Sep 2024.

Seramai 11 pegawai kanan dinaikkan pangkat dan mendahului senarai tiga kenaikan pangkat Kol iaitu Lt Kol Norman Mohd Sarip, Lt Kol Suraihan Md Lani serta Lt Kol Mohd Farid Azwanshah Sahar.

Manakala tujuh pegawai dinaikkan pangkat Lt Kol dan seorang Mej (Kehormat) telah dianugerahkan kepada Datuk Hjh Aliza yang akan menjawat jawatan Ahli Turut Hadir, Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah KEMENTAH.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Muhammad Huzaimi Sabri, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Sofi Md Lepi dan Ketua Staf Tentera Darat Lt Jen Dato’ Zaidan ATAN.

Gambar: LKpl Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online