Bersama PemimpinBTDMSemasaSukan

14 RAMD (Mek) Menang Penalti, Juara Piala Sultan Sallehuddin 2024

KUALA LUMPUR: Batalion Ke-14 Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize) (14 RAMD (Mek)) berjaya menjulang Piala Sultan Salehhuddin (PSS) Tahun 2024 setelah menewaskan 19 RAMD (Mek) dengan penentuan sepakan penalti 5 berbalas 4 dalam perlawanan akhir bola sepak yang berlangsung di Stadium Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) pada 8 Okt 2024.

Walaupun terdapat beberapa percubaan gol oleh kedua-dua pasukan, kekentalan pertahanan dan ketangkasan penjaga gol masing-masing berjaya menghalang sebarang cubaan untuk memecah kebuntuan jaringan.

Pertarungan sengit antara kedua-dua pasukan berakhir dengan keputusan seri 0-0 selepas 90 minit masa perlawanan sebenar dan tambahan masa.

14 RAMD (Mek) memperlihatkan keunggulan mereka dengan berjaya menyempurnakan lebih banyak gol tendangan penalti berbanding pasukan lawan.

Usai perlawanan berakhir, Pengerusi RAMD, Lt Jen Dato’ Seri Hj Muhammad Huzaimi Sabri mengiringi Kol Yang Dipertua (YDP) RAMD, Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah menyempurnakan upacara penyampaian hadiah yang mana Anugerah Penjaring Terbanyak disandang oleh Pbt Suzaimy Azreen Suhaimi dari 17 RAMD (Mek) manakala Anugerah Pemain Terbaik dirangkul oleh Kpl Mohammad Syahmim Mohd Yusof dari 14 RAMD (Mek).

Pasukan 14 RAMD (Mek) yang dinobatkan sebagai johan telah membawa pulang pingat emas, wang tunai bernilai RM3,000 serta piala pusingan manakala 19 RAMD (Mek) selaku naib johan membawa pulang pingat perak.

Perlawanan ini merupakan acara tahunan bagi RAMD bertujuan untuk mengenal pasti serta memilih pemain-pemain baharu yang akan mewakili rejimen dalam perlawanan peringkat TD selain ianya dapat memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan mengeratkan lagi hubungan setiakawan.

Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab Rahman, Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Lt Jen Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Sofi Md Lepi dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan.

Gambar: LKpl Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein & Pbt Muhamad Amir Hamzah Mohd Yusri

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online