Bersama PemimpinSemasaTrup TD

30 Tahun PUTD Terus Teguh Sebagai Sayap Rotor TD

JOHOR: Ketua Pengarah Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD), Brig Jen Mohd Zaki Abu menegaskan bahawa sepanjang tiga dekad ini, PUTD telah memainkan peranan penting sebagai ‘Sayap Rotor’ dalam domain angkasa Tentera Darat (TD).

Menurut beliau, keupayaan tersebut menjadikan PUTD sebagai Force Multiplier serta Game Changer dalam medan pertempuran.

“Dalam menghadapi cabaran masa depan, setiap warga PUTD perlu sentiasa bersiap sedia dengan meningkatkan latihan, profesionalisme dan transformasi pemikiran,” jelasnya ketika menyampaikan ucapan sempena Perbarisan Hari PUTD Ke-30 di Padang Kawad Dispersal Area, Rejimen 881 PUTD pada 11 Mac 2025.

Selain itu, beliau turut menekankan kepentingan semangat espirit de corps, budaya hormat-menghormati serta keberanian dalam memberikan pandangan yang jujur dan berhemah demi kemajuan organisasi.

Sebagai tanda penghargaan, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Panglima Tentera Darat Ke-30, Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan serta barisan kepimpinan tertinggi TD atas sokongan berterusan terhadap PUTD.

Terdahulu, Ketua Pengarah PUTD menerima tabik hormat dari kontinjen perbarisan terdiri daripada tiga detasmen melibatkan seramai 12 pegawai dan 134 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Rej 881 PUTD, Tim Nukleus Rej 882 PUTD dan Rej 883 PUTD Ad Hoc diketuai oleh Mej Mohd Aizat Hazwan Nor Azman.

Acara diteruskan dengan pemeriksaan perbarisan sebelum beliau menyempurnakan upacara Pemakaian Pangkat kepada 13 anggota LLP serta menyampaikan Anugerah Kecemerlangan kepada tiga individu yang telah mengharumkan nama pasukan.

Kpl Radiah Yahya merangkul pingat emas individu serta keseluruhan acara Rifle Wanita dalam Ujian Kemahiran Menembak Tentera Darat (UKMTD) 2023, manakala Kpl Razmi Aziz dinobatkan sebagai johan Badminton Perseorangan Peringkat TD 2024 dan Kpl Muhammad Fazlina Muhammad Lutpi meraih naib johan dalam Kejohanan Pingpong Antara Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2024.

Sebagai simbolik ulang tahun ke-30, Ketua Pengarah PUTD turut menyempurnakan perasmian Buku PUTD yang merupakan cetusan idea beliau sendiri bersama Pegawai Staf 1 Infrastruktur, Lt Kol Mat Ishah Ahmad selaku editor.

Turut hadir, Pegawai Memerintah Rej 881 PUTD Pegawai Memerintah Tim Nukleus Rej 882 PUTD dan Pegawai Memerintah Rej 883 PUTD Ad Hoc.

Gambar: LKpl Muhammad Nor Akram Halib & Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online