KUALA LUMPUR: Enam kontijen terdiri dari Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM), MK Tentera Darat (MKTD), Markas Tentera Laut (MTL), Markas Tentera Udara (MTU), kakitangan awam Kementerian Pertahanan dan kontijen Pegawai Kanan terlibat dalam perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat ATM Tahun 1437H bersamaan Tahun 2016M yang disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin bertempat Padang Kawad KEMENTAH pada 06 Jan 2016.
Perarakan bermula dari Padang Kawad KEMENTAH dan berakhir di Masjid Khalid Al-Walid dengan setiap kontijen akan diberi markah bagi tujuan untuk memilih kontijen terbaik sambil berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan setibanya di dalam masjid peserta di perdengarkan ceramah bertajuk Perpaduan Nadi Transformasi ATM yang disampaikan oleh Penceramah Jemputan, Ustaz Dr.Mohd Sukki Othman.
Diakhir majlis PAT menyampaikan hadiah berupa wang tunai kepada MTU yang berjaya menjadi Johan Kontijen Terbaik manakala tempat kedua dimenangi oleh MTL dan tempat ketiga disandang kontijen kakitangan awam Kementerian Pertahanan.
Turut menyertai perarakan Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Laut, Dato’ Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin dan Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Seri Roslan Saad.