JOHOR: Batalion Ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja (10 RAMD) melaksanakan Latihan Kembaraduga (Berakit) di Sungai Simpang Kiri, Batu Pahat dan Program Jiwa Murni di Kampung Separap, Parit Sulong bermula dari 26 sehingga 28 Feb 2018.
Latihan Kembaraduga iaitu berakit dan Program Jiwa Murni ini merupakan cetusan idea Pegawai Memerintah 10 RAMD, Lt Kol Mohd Haryzal Hj Ismail serta dianjurkan oleh Ketua Kompeni Bantuan, Mej Lokman Pardi.
Pada masa sama 10 RAMD melaksanakan Program Jiwa Murni dengan penduduk setempat bersama ADUN Semerah, Hj Mohd Ismail Roslan yang mana membantu penduduk kampung dengan membaiki bumbung dan membersihkan rumah penduduk yang uzur.
Pelaksanaan Program Jiwa Murni dengan penduduk setempat mewujudkan hubungan baik dan menaikkan imej Tentera Darat dan 10 RAMD pada penduduk setempat.
Selain itu, pemeriksaan kesihatan serta pergigian turut diadakan kepada penduduk sekitar Kampung Separap, Parit Sulong serta turut mengadakan Pertandingan Memancing melibatkan warga 10 RAMD dan penduduk setempat.
Program ini bertujuan memupuk semangat kerjasama antara warga 10 RAMD serta sebagai satu latihan bagi meningkatkan keupayaan fizikal dan mental warga 10 RAMD.
Gambar: LKpl Fahmi Mokhtar