Bersama PemimpinSemasa

Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 203/2025

NEGERI SEMBILAN: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda (TLPM) Lelaki Siri 203/2025 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) pada 27 Sep 2025.

Acara dimulakan dengan gimik membawa Ketua Perbarisan yang dipersembahkan oleh Group Gerak khas (GGK) sebelum diteruskan acara perbarisan dan berjalan lalu.

Seramai 1,123 Perajurit Muda (PM) lelaki berjaya menamatkan latihan asas ketenteraan daripada 1,197 orang yang memulakan latihan sejak Mac 2025.

Anugerah PM Keseluruhan Terbaik dianugerahkan kepada PM Muhammad Al Mustaqim Rosli manakala Anugerah PM Ketenteraan Terbaik diberikan kepada Mohamad Fareez Hakim Mohd Zamri dan diikuti Anugerah Kawad Terbaik jatuh kepada Abang Nurridhwan Abang Zulkipli.

Anugerah Akademik Terbaik pula dinobatkan kepada PM Muhammad Mujahid Hadzri dan Anugerah Jasmani Terbaik disandang oleh Muhammad Aqib Naqiuddin Norsham

PTD dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran PM dalam organisasi Tentera Darat (TD) dan menegaskan kepada semua agar tidak terlibat dalam kes-kes tidak bermoral serta melanggar perintah dan arahan perkhidmatan sehingga mencemarkan imej TD.

“Saudara-saudara bukan lagi rakyat Malaysia yang biasa kerana pada hari ini kamu semua berdiri sebagai benteng negara,” tegasnya.

Turut berlangsung penganugerahan khas kepada dua anggota TD iaitu SSjn Abdul Aziz Ahmad dan Kpl Ishak Hidayat atas kejayaan cemerlang mereka dalam kejohanan bina badan peringkat Asia dan Asia Tenggara.

Turur hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Hj Malek Razak Sulaiman, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Ahmad Abu Bakar dan Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Datuk Marzuki Hj Mokhtar.

OLEH: LT M RIFFAT MOHD YUSOF

GAMBAR: LKPL SYFIQRULLAH MAZLAN DAN PBT NANATASHA NGADAN

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online