MK Latihan & DoktrinSemasaSukan

Aksi Tinju Tutup Tirai Karnival Sukan Divisyen Kadet Tahun 2024

NEGERI SEMBILAN: Karnival Sukan Divisyen Kadet melabuhkan tirainya dengan acara kemuncak Pertandingan Tinju Antara Kompeni Divisyen Kadet Tahun 2024 yang dirasmikan oleh Komandan Akademi Tentera Darat (ATD), Brig Jen Abdul Karim Ahmad bertempat di Kompleks Sukan Kem Segenting pada 25 Jun 2024.

Karnival sukan yang berlangsung mulai 11 hingga 25 Jun 2024 telah mempertandingkan tujuh jenis sukan iaitu bola tampar, sepak takraw, badminton, bola keranjang, bola jaring, renang dan diakhiri dengan acara tinju.

Objektif pertandingan ini adalah untuk membina semangat juang dan keyakinan diri dalam kalangan Pegawai Kadet serta menguji tahap kematangan, fizikal dan mental.

Terdahulu, ketibaan Komandan ATD diiringi oleh Pengarah Kolej Pegawai, Kol Meor Anas Meor Ahmad, beliau kemudian diperkenalkan kepada kontinjen-kontinjen yang mengambil bahagian sebelum menyaksikan ‘Exhibition Match’ oleh peninju jemputan dari Majlis Sukan Negara dan seterusnya perlawanan akhir melibatkan lima kategori dari Pegawai Kadet.

Keputusan penuh kejohanan tinju menyaksikan johan dirangkul oleh Kompeni Ismail Nasiruddin, naib johan pula disandang oleh Kompeni Abdul Rahman manakala tempat ketiga diraih oleh Kompeni Syed Putra dan tempat keempat jatuh kepada Kompeni Alam Shah.

Seterusnya, Komandan ATD menyampaikan hadiah kemenangan berupa ‘Boxing Gloves’ yang ditandatangan khas oleh Komandan ATD dan Pengarah Kolej Pegawai kepada PK Nadzreel Arif Aizat Mohd Nadzizan yang dinobatkan sebagai Peninju Terbaik Lelaki manakala PK Norasyikin Abdul Jalil dinobatkan sebagai Peninju Terbaik Wanita, kedua-dua pemenang adalah dari Kompeni Ismail Nasiruddin.

Komandan ATD mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pemenang serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan karnival sukan pada kali ini.

Turut hadir, Pengarah Kolej Pegawai Tidak Tauliah, Kol Muhammad Juraimy Aripin.

Gambar: Pbt Tuan Muhammad Farizal Tuan Dir & Pbt Nanatasha Ngadan

 

 

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online