Semasa

Pameran ATM Meriah

JOHOR: Sekitar 3000 pengunjung hadir menyaksikan Pameran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terdiri dari Pameran Senjata Kecil, Pameran Aset Bantuan Tempur Tentera Darat (TD), Pengambilan Anggota Pasukan Simpanan (AW) dan pemeriksaan kesihatan bersempena Karnival Majlis Pemuafakatan Belia Parlimen Sembrong bermula seawal 8 pagi hingga 6 petang pada 25 Nov 2017 di Dataran Southern Tigers, Paloh.

Antara aset-aset yang dipamerkan dalam program ini adalah seperti meriam 105mm dari pasukan 2 Rejimen Artileri Diraja, Mortar 81mm dari pasukan 6 Rejimen Renjer Diraja (6 RRD), Senjata Kecil dari pasukan 5 Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD) dan peralatan semboyan dari pasukan 7 Skuadron Semboyan Diraja.

Pameran yang bertujuan memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang fungsi TD diwaktu aman turut pada masa sama dapat menyemai minat yang mendalam kepada generasi muda untuk menyertai bidang ketenteraan.

Program dimeriahkan lagi dengan kehadiran Menteri Pertahanan diiringi Panglima 7 Bgd, Brig Jen Mohd Hassan Loman dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Lt Jen Datuk (Dr) Hj Yaakob Komeng.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online