Bersama PemimpinBTDMPenghargaanSemasa

Mej Jen Dato’ Zulmajdi Yunus Abdikan Diri Kepada TD Lebih 4 Dekad

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mantan Ketua Pengarah Artileri, Mej Jen Dato’ Zulmajdi Yunus di atas segala khidmat bakti, jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang 41 tahun 11 bulan perkhidmatannya.

“Beliau seorang pegawai kanan yang berpengetahuan tinggi serta berpengalaman luas yang menjadi sumber inspirasi dan mentor kepada sebilangan besar pegawai dan anggota Kor Rejimen Artileri Diraja (RAD) serta Tentera Darat (TD).

“Ketokohan dan kecemerlangan beliau seharusnya diteladani serta dijadikan sebagai panduan oleh seluruh warga RAD agar dapat membentuk keperibadian yang terpuji dalam diri masing-masing,” ujar PTD berucap dalam Perbarisan Penghargaan Mej Jen Dato’ Zulmajdi Yunus di Padang Kawad Kem Tun Ibrahim pada 4 Jul 2024.

Perbarisan berkonsepkan Berjalan Lalu Dalam Masa Perlahan dan Cepat Jalan ini terdiri daripada lima detasmen yang diketuai oleh Pegawai Memerintah 3 RAD, Lt Kol Mohammad Ariffin Lipin Abdullah dan Lintas Hormat Persenjataan melibatkan sebahagian dari aset RAD.

Mengimbau latar belakang Mej Jen Dato’ Zulmajdi Yunus, beliau mula menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 26 Jul 1982 dan ditauliahkan pada tanggal 26 Jul 1984 dengan pangkat Lt M selaku Ketua Seksyen Meriam di 1 RAD yang berpangkalan di Kem Terendak, Melaka.

Antara perjawatan utama yang pernah disandang ialah Jurulatih Medan Pusat Latihan Artileri, Pegawai Memerintah 1 RAD, Juruiring KDYMM Tuanku Sultan Kelantan, Juruarah Maktab Turus Angkatan Tentera, Komandan Pusat Latihan Artileri, Kol Cawangan Bantuan Tempur Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat, Panglima Briged Arti Roket dan akhirnya menyandang perjawatan tertinggi dalam struktur organisasi Jabatan Arah Artileri sebagai Pengarah.

Sejurus tamat perbarisan, majlis diteruskan dengan acara bergambar, sesi penyampaian cenderahati dan jamuan makan di Dewan Serbaguna 31 RAD sebelum diakhiri dengan upacara Street Lining sebagai tanda penghormatan ke atas Mej Jen Dato’ Zulmajdi Yunus.

Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi Sabri, Asisten Ketua Staf Cawangan Perancangan dan Pembangunan, Mej Jen Dato’ Ahmad Abu Bakar dan Ketua Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan, Mej Jen Insinyur (Ir.) Thevendran Cs Maniam.

Gambar: Pbt Tuan Muhammad Farizal Tuan Dir & Pbt Nanatasha Ngadan

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online